Modul Google Classroom Untuk Admin - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Sunday, 19 January 2020

Modul Google Classroom Untuk Admin


Assalamualaikum semua...

Hai gais! Sekolah korang dah aktif menggunakan Google Classroom ke belum? Baiklah, aktif atau tidak tu semua terletak kepada pentadbir dan Guru Penyelaras Bestari / GPICT sekolah korang... Kalau ikutkan, mereka ni penggerak utama, cikgu lain follow saja! Gituhhh...

Ni ada perkongsian Modul khas untuk admin Google Classroom. Modul ni ditulis oleh salah seorang sahabat saya, Encik Khairil Firmansyah bin Anuar dari Sumber Teknologi Pendidikan Daerah Mersing. Haaa, modul ni panas lagi tau, baru siap beberapa hari yang lalu... Alhamdulillah, beliau sudi untuk berkongsi modul tersebut dengan semua pembaca raihanjalaludin.com 

Thank you, Pirman!

Menjadi admin Google Classroom tak la susah mana pun, tapi bukan juga kerja mudah... Maklum la segala benda dari sekecil-kecil hal password dan ID pun, orang akan cari admin. Kerana peranan admin adalah besar, kena handle akaun sekolah... Akaun guru-guru dan juga murid-murid. Sebarluas ID dan katalaluan adalah wajib, kalau tak macam mana murid dan guru nak akses GC kann... Huhu... Kalau nak buat sebaran menggunakan kad ID, boleh rujuk post saya yang terdahulu...


Okay, berbalik kepada modul, modul ni khas ditulis untuk admin. Saya nampak modul ni memang sangat berguna dan bermanfaat. So, admin sekalian... Apa lagi? Silalah download... Dan yang bukan admin, boleh tolong panjang-panjangkan ilmu ni kepada rakan-rakan admin yang lain! Macam biasa, modul ni ada dua versi, versi elektronik dan versi cetak. Pilih yang mana berkenan, boleh la study! Hehe...

MODUL VERSI ELEKTRONIK : https://tiny.cc/admingckpm

MODUL VERSI CETAK : http://bit.ly/2tnrg4t

Okay, sekian sahaja perkongsian untuk kali ini... Semoga ilmu yang dikongsikan dapat dimanfaatkan bersama. Jangan lupa share dan doakan kebahagiaan, kemudahan, kesihatan saya dan penulis Modul, Encik Khairil Firmansyah. Take care, gais! Assalamualaikum....

Nota kaki : Redha itu bila kau tak lagi bertanya "Kenapa?"

No comments:

Post a Comment