Cara Taip Dalam PDF - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Sunday, 2 February 2020

Cara Taip Dalam PDF


Hai... Assalamualaikum gais!

Selalu dapat borang dalam bentuk PDF, kemain leceh nak convert dalam Word la apa la untuk isi borang tu kan... Haihhh... Baru-baru ni ada yang PM saya minta saya carikan jalan penyelesaian untuk masalah ni. Memang betul pun, bila dapat borang dalam bentuk PDF, selalunya kita kena print dan isi tulis tangan. Tak berapa kemas la kan... Better bertaip. Masalahnya bila convert jadi Word, kadang-kadang segala kotak-kotak habis berterabur pulak... Kannn...

Haaa... Ni saya dah jumpa penyelesaiannya... Ada beberapa laman web yang membolehkan kita mengedit fail PDF secara atas talian dengan percuma. Yang penting, tak perlu nak install apa-apa, dan tak perlu nak mendaftar akaun. Boleh terus guna je Apps tu... Selesa sangat! Haha... Kelmarin, saya try isi borang nak claim Wang Yang Tidak Dituntut, yes, sangat mudah... Alhamdulillah... Saya dah try dua-dua apps ni... Ohsem! Nanti korang try tau... Try kat LAPTOP! Lepas ni tak payah nak tulis tangan dah. Boleh taip je terus borang naik pangkat ke apa ke... Haaa... Gituhhh! Baru ler nampak kemas & professional sket kan... Kikiki....

Satu

https://smallpdf.com/edit-pdf

 > Klik pada Drop PDF here Choose File
> Masukkan Teks. Edit thickness untuk ketebalan tulisan.

> Edit saiz Font.

> Bila dah siap semuanya, klik butang DOWNLOAD.

> Klik PRINT.

Dua

https://www.pdfescape.com/windows/

 > Klik FREE ONLINE
 > Pilih UPLOAD PDF TO PDFESCAPE

 > Klik TEXT. 

> Edit Jenis FONT, Saiz & warna font dsb.

> Dah siap edit borang, klik icon printer. Boleh print terus...

Mudah sangat guna dua apps ni. Dah la free, tak perlu nak login bagai plak tu... Korang try la! Memang superb...

Sekian sahaja perkongsian saya kali ini. Semoga bermanfaat untuk semua. Doakan saya bahagia, sihat dan sentiasa diberikan ilham untuk terus berkongsi ilmu. Bye, gais! Assalamualaikum...

Nota kaki : Jika saat itu kita tidak mencuba, mungkin sehingga saat ini rasa takut itu masih ada.

1 comment:

  1. Assalamualaiku cikgu, maaf bertanya. Boleh ker bila kita edit dari pdf nie kita terus hantar pada penerima borang atau dokumen yang kita nak?atau kalau save dalam laptop unuk print kemudian?terima kasih

    ReplyDelete