Tips Hias Papan Kenyataan Kelas Mudah, Murah, Cepat - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Friday, 14 February 2020

Tips Hias Papan Kenyataan Kelas Mudah, Murah, Cepat


Dah menjadi fenomena semua guru berlumba-lumba menghias kelas masing-masing bak rumah sendiri... Syabas, cikgu! Memang gigih guru-guru ni, saya memang salute habis! Dengan cat, alas meja, sarung kerusi dan macam-macam lagi... Memang terbaiklah! 

Cikgu-cikgu yang kreatif hasilkan macam-macam untuk ditampal kat kelas, carta kehadiran murid la, ada macam-macam bentuk, 2D, 3D... Fuhhh! Saya memang salute! Korang memang rajin! Bukan tu je, dah la modal pun kebanyakkannya sendiri je... Anda memang hebat!~ 

Hari ni saya nak share sedikit tips untuk guru-guru yang mungkin tak sempat sangat nak beriya untuk hias kelas... Takpe... Keep it simple but nice. Hehe... Tips ni tak sesuai untuk korang yang memang dah siapkan kelas secantik-cantiknya ya... Korang just keep up the good work!

1. Menggunakan apa yang ada sahaja untuk latar belakang

Contohnya, manila card, mahjong paper, sugar paper, kertas pembalut hadiah atau kain. Ni untuk menutup cela pada papan tu sebenarnya. Biasa la kadang-kadang papan kenyataan yang dah lama, banyak lubang sana sini, dah tak cantik, warna pun mungkin nampak kotor... So, boleh cover dengan kertas mahjong atau kertas minyak. Kedua-duanya, murah dan mudah nak dapat... Satu lagi, sebab saiznya besar, senang...

Ni tahun lepas punya cerita bila saya diberi kelas ni pada bulan Julai, kebetulan papannya kosong, apa pun takde..  dan tinggal beberapa bulan je lagi nak habis sekolah, jadi saya buat macam ni je... guna kertas mahjong untuk background, kemudian, gunakan kad tu untuk buat jadual bertugas. Macam ni pun jadi! Hahaha... 



2. Cari Benda Yang Boleh Settle Cepat

Yes, bila guna kertas besar gedabak macam tu, memang cepat. Letak sekeping jer pun dah boleh cover ruang kat papan tu... Hanya perlukan beberapa keping... Haa... siappp! Hehe...

Kalau nak cover guna kain, make sure korang dah sukat saiz papan tu betul-betul, beritahu kat kedai supaya mereka boleh potong ikut saiz yang dikehendaki... So, bawak ke kelas, terus tampal je... Takyah nak potong-potong dah. Senang! Beli kain jenis jersey atau lining.. murah dan tahan lama. 😁

3. Guna Sesuatu Yang Mudah

Kertas mahjong & kertas minyak antara yang mudah didapati di kedai-kedai runcit atau pun di kedai buku. Sementara beli barang rumah, boleh beli terus kertas ni... Jimat masa! Kalau nak beli kain, kena singgah kedai kain pulak.. Tapi yelah, kain lebih tahan lama! 

Untuk border, kalau nak border laa, boleh guna kertas pembalut hadiah atau pun beli je kat kedai pengantin, ada macam foam ukiran... Beli, tampal kat bucu... Siap!

4. Asalkan ada, jangan takde langsung...

Apa yang penting, maklumat seperti jadual waktu, jadual bertugas murid-murid, carta organisasi, pelan kebakaran dan lain-lain maklumat penting dapat dipaparkan untuk rujukan guru-guru dan murid-murid. 

Semua boleh taip, print, tampal! Jadual, boleh fotostat je... Simple. Cantik tak cantik, tak kisah, yang penting maklumat penting tu ada terpampang kat kelas korang!

Yang berminat, boleh download carta kelas dari link ni... Editable. Edit siap-siap, print, tampal dalam kelas... Done!~





5. Murah

Ada guru-guru yang merungut nak hias kelas memerlukan kos yang tinggi. Pada saya, semuanya bergantung kepada diri kita sendiri. Jangan ikut orang. Cukuplah untuk menggunakan apa yang ada, asalkan kelas nampak bersih, kemas dan selesa, sudah memadai. Keadaan kelas mesti kondusif untuk belajar, kerusi meja selesa digunakan, pencahayaan terang, that's more than enough.

Pengalaman semasa di sekolah cina dulu, memang cikgu-cikgu kelas dibekalkan kertas/manila card/sugar paper oleh pihak sekolah... So, mereka hanya gunakan apa yang ada untuk menghias papan kenyataan kelas mereka. Ada yang kreatif, pandai buat origami, mereka lipat-lipat kertas jadikan bentuk rama-rama, burung, bunga, dll, kemudian tampal pada papan tu. Siappp! Simple je... Tapi cantik. 

6. Biasa-biasa sahaja tapi masih lagi berfungsi untuk kelas

Objektif kita mempamerkan carta jadual waktu, jadual bertugas dll tu adalah untuk memberi infomasi. So, biarlah nampak biasa-biasa sahaja, tapi yang penting ianya berfungsi untuk kelas. Carta-carta untuk subjek, mungkin boleh dapatkan di kedai Eco, atau print je dari Facebook... Ada ramai yang berkongsi bahan cantik-cantik belaka. Tak pun, boleh ambil dari keratan majalah dll... Yang penting susun cantik-cantik, supaya nampak kemas dan teratur. 

Boleh download ni kalau nak...




7. Tempah banner

Kalau ada modal, mungkin boleh tempah macam ni jer... Siap semua dalam satu papan. Tinggal nak isikan maklumat je... Maklumat boleh isi guna sticker label jer... Senang! Hahahaa... 

Cari kat shopee pun ada macam-macam design... https://shope.ee/7UjUUyCV7q


8. Minta bantuan murid / ibubapa

Untuk sekolah menengah, mungkin boleh minta bantuan murid untuk bantu hasilkan poster/carta. Boleh laksanakan program sarana untuk ibubapa... Ajak mereka bantu hias kelas... Rezeki murid-murid kelas saya tahun ni bila ada parents yang sudi catkan kelas dan sponsor satu kipas dinding... Alhamdulillah. Semoga Allah membalas segala kebaikkan. 

9. Beli set jadual waktu yang boleh diubah-ubah

Belambak kat shopee... pilih je mana berkenan. Saya suka tengok jadual yang boleh unah-ubah... senang nak guna.. kalau ada perubahan, adjust je macam yg ni... https://shope.ee/1flhYN4jb6


Okay la, sekian sahaja perkongsian kali ini... Semoga kelas kita semua berada dalam keadaan kondusif untuk murid-murid belajar. Work smart hokayy! Gituhhh!~ Hahaha... Take care, gais! Assalamualaikum...

Nota kaki : Doa tanpa usaha itu bohong. Usaha tanpa doa itu sombong!

No comments:

Post a Comment