Assalamualaikum gais!
Alhamdulillah, rezeki hari Jumaat bila claim saya untuk Wang Tak Dituntut (WTD) telah pun berjaya masuk ke dalam akaun bank saya... Dah masuk kelmarin rupanya. Harini baru sedar... Hehe... Lama juga saya menunggu, sebulan lebih, sabar menanti... Walaupun tak banyak mana, jadilah buat tambah-tambah sesikit... Dah boleh tuntut, kita tuntut je la kann... Duit kita kottt... Hehe...
Okay, sebenarnya macam dah lama saya nak share pasal ni tapi saya tunggu sehingga saya betul-betul berjaya dapat duit tu, baru ler syok kita nak share dengan orang lain kann... Selagi tak dapat, rasa macam terfikir-fikir, betul ke tak betul ke, boleh dapat ke tak ke... Alhamdulillah, memang betullah kaedahnya... So, boleh la saya kongsikan agar lebih ramai lagi boleh claim duit korang...
Actually, saya sendiri tak sangka ada duit kat akaun bank tu. Since tu akaun bank saya zaman saya belajar kat Maktab... Huhuhuuu... Longggg time ago punya cite. Memang belas tahun tak guna akaun tu. Tetiba boleh plak ada duit dalam tu... Ratus jugak la. Hehe... Ni lah namanya rezeki yang tidak disangka-sangka... Syukur! Heheheee...
Ni cara-cara untuk menuntut Wang Yang Tidak Dituntut:-
1) Pergi ke laman https://egumis.anm.gov.my/
2) Klik pada butang Pendaftaran. Kemudian, isikan semua maklumat yang diperlukan.
3) Bila dah ada ID dan password, klik butang Log Masuk.
4) Klik kat Klik Di Sini Untuk Carian Wang Tak Dituntut.
5) Masukkan nombor Kad Pengenalan untuk check samada ada ke tak wang yang tak dituntut atas nama korang.
6) Jika tiada, maka tamatlah prosesnya setakat itu. Jika ada, sila baca step seterusnya! Hehe...
7) Kalau ada wang yang tak dituntut, sila download dua dokumen ni. Print. Kalau nampak kemas, pro, korang taip la terus atas borang, boleh baca post saya sebelum ni... CARA TAIP DALAM PDF
Kalau tak nak, boleh jer isi tulis tangan... Hehe...
**Borang-borang ni boleh dapat kat laman web https://ewtd.anm.gov.my/ juga ye... Sama je. Saya ambil pun dari web tu... Tengok kat menu MUAT TURUN.
8) Dah siap isi borang, siapkan juga dokumen lain yang diperlukan.
> Salinan Kad Pengenalan
> Salinan Muka Hadapan Buku Bank / Penyata bank yang masih aktif.
9) Poskan keempat-empat dokumen yang diperlukan tu (Borang UMA-7, Senarai Semak, Salinan Kad Pengenalan & Salinan Muka Hadapan Buku Bank / Penyata bank yang masih aktif) kepada :-
Rujuk laman web https://ewtd.anm.gov.my/index.php untuk alamat terkini sebab dorang dah pindah office... Sebelum ni saya send ke Menara Maybank... Sekarang ni dah pindah ke Putrajaya sejak 1/9/2020.
**Saya cadangkan korang pos guna samada Pos Laju atau pun Pos AR. Biasa la benda macam ni bukan sorang dua yang hantar permohonan kan... So, saya memang guna Pos AR. Pos AR ni, bila mereka dah terima, pihak pos akan pos kan kad warna kuning kepada saya untuk maklumkan yang mereka dah terima dokumen saya. Murah je, dalam RM3 macam tu kosnya. Kalau tak pun, korang boleh guna Pos Laju, sebab ada tracking number, so boleh la check dan ada proof yang dokumen korang telah pun diterima.
Once dah settle semua, tunggu je la... Ada orang akan dapat email makluman duit dah dimasukkan ke dalam akaun, macam saya, email takde dapat pun, tapi duit dah masuk kat dalam bank... Alhamdulillah.
Tempoh? Mereka terima dokumen saya pada 4 Februari 2020, saya dapat duit dalam akaun bank 18 Mac 2020... Mungkin korang akan dapat lebih cepat atau lambat. Sabar jer... Maklum la benda macam ni ramai yang buat permohonan, faham-faham jer la... Yang penting dapat! Tu je... Hahahaha...
Okay, semoga perkongsian ini berguna untuk korang yang nak claim Wang Tak Dituntut. Kalau dah kaya jangan lupa kat saya hokayyy! Hahahaha... Babai gais! Assalamualaikum...
Nota kaki : Rezeki tu datang 3 cara. Datang sebab kau cari, datang sebab Dia nak bagi, lagi satu datang sebab kau pernah memberi.
Kak, boleh buat tuntutan secara online tak? Sebab dalam egumis mengatakan boleh upload semua dokumen sokongan dan email kepada mereka. Ada sesiapa yang berjaya menerusi tuntutan online?
ReplyDeletebuat melalui online dah sebulan tak ada apa2 berita. nasib baik jumpa post ni. so akan post je thru Pos Laju..cuma nak tanya, perluke ambil pengesahan orang bank kat bank statement kita tu..adoiii..lecehnyaa nak ke bank
ReplyDeleteupdate : alamat dah tukar ye sis Jabatan Akauntan Negara..masuk website dah ke Putrajaya
ReplyDeleteMcm ada yg tertinggal
ReplyDeletePerlu ada pengesahan Surat dari bank yg berkaitan
Saya Hantar salinan muka depan buku bank.. takde sahkan pun. Fotostat je...
ReplyDeleteTerima kasih Ika, dorang dah pindah office rupanya ya... Hehe... saya dah update... minta pembaca cari sendiri alamat di web https://ewtd.anm.gov.my/index.php
ReplyDeleteZamzul : Surat pengesahan apa ya? Saya takde hantar surat pengesahan pulak haritu... Mungkin ni syarat baru ke?
ReplyDeleteSekiranya penuntut wang sudah meninggal dunia bagaimana ya?
ReplyDeleteKalau yg dh meninggal dunia 8 thun lebih akaun dh x aktif mcm mane?
ReplyDeleteKak leh x sy nk pm terit ngan akak sbb sy nk tau mcm nk buat
ReplyDeleteMcm mna klau nma penuntut dh mninggal?masi bole ke pewaris memohon?
ReplyDeletesaya dah try buat dlm talian.. lepastu dapat email.. bila nak bukak link yg ada dlm email tu xboleh sebab website cannot be reached...nak kena hantar pakai surat ke kalau mcm tu..
ReplyDeletesalam kak, saya nak buat tuntutan sbg waris arwah abah saya, ada 3 tuntutan . jadi saya nak tanya.. saya perlu sediakan borang bagi setiap 1 tuntutan atau gabungkan saja jumlah dan nama syarikat pada 1 borang ?
ReplyDeleteSurat pengesahan asal mcm mna nk dapat ye?
ReplyDeletenak tanya so ada berapa document nak hantar smua , ic depan belakang , salinan muka buku bank , dgn document yg saya download dari blog ni ada 2 siap dah isi
ReplyDeletetrima ksh raihan. sgt membantu
ReplyDeleteKalau macam saya, duit waktu kecik² dulu ada disimpan oleh ibu bapa saya. Jadi, saya cuba buat pendaftaran di website eGumis. Bila saya buat pencarian, dia tulis tiada rekod. Macam mana ye?
ReplyDeleteKat mane kita nak berurusan pasal ni semua ya???
ReplyDelete