Assalamualaikum semua...
Selamat berhujung minggu gaiss! Lama sudah kakak tak berbelog... Haha... Busy gais! Busy... Haihhh... Ni baru ada masa nak hupdate sesikit... InsyaAllah ada kelapangan, akan saya update lagi dan lagi ye...
Okay, ni saya nak share contoh pelan Intervensi Bahasa Inggeris Tahun 6 yang saya buat tahun lalu... Yang ni tahun lalu saya buat untuk kelas saya sendiri untuk kenalpasti cadangan intervensi yang sesuai dengan isu yang saya hadapi dalam kelas. Sendiri kenalpasti, sendiri atasi masalah... Hahh, gituhhh!~ Haha...
Saya tak la hebat buat benda-benda ni. Tapi kalau korang nak tengok, silakan ler... Yang penting, kenalpasti masalah murid tu terlebih dahulu, kat mana mereka banyak buat silap, kat mana kelemahan mereka... Kemudian, baru boleh nak come out dengan cadangan intervensi macam ni. Ohh.. satu lagi jangan lupa kenal pasti anggaran bilangan murid dalam certain group tu ye... Contoh macam kelas saya tahun lepas, sasaran murid lulus saya 20 orang jer dari 30 orang... Alhamdulillah... UPSR sebenar, semua lulus! Yay!~ Haha...
Semoga contoh pelan intervensi Bahasa Inggeris Tahun 6 ni bermanfaat untuk semua guru tak kiralah subjek apa pun... Buat ni pastu tetapkan la bila jangkamasa nak laksanakan intervensi korang tu... Jangan plan je, tapi benda tak jalan... Haha... Dan satu lagi, untuk menulis cadangan intervensi tu biarlah realistik dan boleh dicapai/dilaksana... Bukan sekadar on paper. Kalau dapat tulis dengan lebih jelas dari yang saya tulis tu lebih baik sebenarnya... Sebab tu saya kata, saya tak la pandai pun nak buat benda-benda akademik ni... Sis cuba hokayyy! Haha...
Boleh baca post saya - Tips Lulus Bahasa Inggeris Kertas 1 & Kertas 2
Boleh baca post saya - Tips Lulus Bahasa Inggeris Kertas 1 & Kertas 2
Okay la... semoga bermanfaat! Babai gais!~ Assalamualaikum...
Nota kaki : Apabila kita redha dengan sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka percayalah... Allah akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tidak dijangka.
As salam dan salam nuzul quran cikgu Raihan, syabas dan tahniah atas pelaksanaan pelbagai aktiviti untuk dikongsikan bersama-sama guru dan murid dalam tempoh PKP ini. Haji Azemi bin Md Zuki, KPPK Bahasa Sektor Pembelajaran JPN Perak.
ReplyDelete