Aktiviti Murid Semasa Cuti Perintah Kawalan Pergerakan Tanpa Internet - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Thursday, 2 April 2020

Aktiviti Murid Semasa Cuti Perintah Kawalan Pergerakan Tanpa Internet


Assalamualaikum...

Hai semua! Beberapa minggu ni dah umpama fenomena bila ramai guru yang giat menyediakan bahan-bahan pembelajaran secara atas talian bagi memenuhi pembelajaran jarak jauh since masing-masing dok beku kat dalam rumah, tak boleh nak ke mana-mana... Hmm... Yes, pembelajaran jarak jauh yang dulunya nampak macam agak sulit nak dipraktikkan, tapi setelah isu Covid melanda negara, kita boleh lihat, kesedaran dah mula ada, ramai guru-guru dah pun bersedia mengadakan sesi PdP dari rumah... Alhamdulillah. So, ni boleh kata, salah satu hikmah Covid19. Nampak? Hehe...

Namun begitu, kekangan tetap ada. Saya nampak ada rakan-rakan guru dah mula bergerak tapi ada juga masalah-masalah lain yang timbul dan perlu diperhalusi lagi. Antaranya adalah sikap murid, yang sambil lewa dengan tugasan yang guru berikan, sikap ibubapa dan juga masalah utama adalah masalah talian internet. Bila nak buat aktiviti bersemuka atas talian, line mesti kena power... Kalau tak, tersekat-sekatlah video conference yang ditonton tu. Tak syok la kann... Ada juga yang langsung takde internet, yang memang tinggal di luar bandar dan ada yang kurang berkemampuan. 

Untuk murid-murid yang tiada akses internet, ni antara yang boleh mereka lakukan kat rumah... Saya pun tak tau macam mana nak sampaikan kepada mereka. Hahahah... Nak tengok blog ni mesti la ada internet kan... Hahahha... Takpe lah, kita catat je kat sini, mana tau jika berlaku perkara-perkara yang tak diingini seperti ini lagi di lain masa, at least kita dah tau nak pesan apa kat murid-murid kita... :)

Tiada Internet atau talian internet terhad, tak berapa padu? Ni antara aktiviti yang boleh dibuat...

1. Hafal sifir, hafal formula

2. Baca buku teks

3. Buat buku kerja yang ada di rumah

4. Buat karangan
Menulis tentang pengalaman PKP, karangan tentang apa-apa saja yang sesuai. Boleh rujuk buku teks untuk cari tajuk-tajuk yang sesuai.

5. Guru bagi tajuk menerusi Whatsapp - minta murid buat peta minda (cari info dlm buku teks/google search).

6. Guru post gambar dalam Whatsapp - Minta murid bina ayat.

7. Post gambar - boggle- Minta murid bina perkataan.

Teacher Najiha berkongsi ilmu kat FB... Thank you!

8. Menjawab kuiz menggunakan platform Google form - Yang ni kurang menggunakan data dan lebih mudah di akses.


9. Hantar nota/latihan dlm bentuk pdf/gambar kat dalam group whatsapp. Suruh mereka baca/jawab dalam kertas/buku latihan. Mana-mana latihan atau gambar yang diberikan via Whatsapp, mungkin kita boleh cadangkan kat murid untuk screenshot dan lepas tu boleh tutup data... 

10. Menonton Astro - channel pendidikan

11. Belajar living skill dari mak ayah - masak, baking, berkebun, membersih rumah, sidai baju dll.

12. Aktiviti NILAM - Membaca buku cerita sedia ada di rumah atau membaca buku cerita digital secara atas talian.


13. Beraktiviti bersama keluarga... Yang ni memang terbaik! Bukan senang nak dapat berkumpul satu keluarga sama-sama. Time ni la dapat makan semeja, tengok TV sama-sama, solat berjemaah sama-sama.

14. Menghafal ayat / surah.

15. Melakukan aktiviti indoor. Main Sahibba ke, Saidina ke dam haji ke... Ada banyak lagi permainan yang boleh dimainkan dalam rumah..

Boleh rujuk post Animal 3D Google & Melukis dengan Teknologi AR Tapi yang ni kena ada internet ye... 

16. Berinovasi

Tengok ni, dia ni test goreng keropok kering tanpa minyak menggunakan Microwave. 1 minit, hasilnya keropok kembang dan boleh dimakan macam keropok yang dah siap digoreng.. Tapi tanpa minyak! Memang terbaik! Well done, my girl!


17. Coding

Haa... Kalau anak-anak ada laptop, boleh try ajar mereka ilmu Coding. Boleh baca post saya tentang BELAJAR CODING MUDAH. Bina game sendiri uollsss.... Budak memang suka benda macam ni! Tapi ni kena ada internet... Kalau takde internet, boleh main game CODING kat handphone, download Apps Glicode... Yang ni anak-anak korang boleh main Coding dengan biskut-biskut Pocky... Best gak! Haha... Game Glicode ni boleh main tanpa internet!


18. Membuat origami.

19. Main Permainan Bahasa paling simple... Tengok kat post ni... PERMAINAN BAHASA SPONTAN

20. Projek mudah seperti menghasilkan poster, buku skrap, poskad, melukis, dll.

Sekian sahaja perkongsian untuk hari ini. Yang mana aktiviti guna Whatsapp, saya rasa takde masalah nak laksanakan since banyak service provider hari ni yang berikan data percuma untuk Whatsapp. Mungkin masalah hanya kepada ibubapa/murid yang tak guna Whatsapp, yang guna henfon 3310 misalnya.. atau pun yang memang takde akses internet di tempat mereka. Yang dipedalaman..

Okay gais... Mohon doakan kesihatan & kesejahteraan saya ya... Take care & please stay at home... Assalamualaikum...

Nota kaki: Tak perlu menjadi sempurna, jadilah kamu apa adanya. Lakukan yang terbaik pada apa yang kamu suka, maka kamu akan bahagia... :)

No comments:

Post a Comment