Assalamualaikum gais!
Hai... Alhamdulillah dalam fasa PKP yang ketiga ini, makin ramai guru yang giat menjalankan sesi PdP dengan menggunakan pelbagai kaedah dan salah satunya adalah menerusi Google Classroom. Setiap kelas yang dicipta selalunya dikhaskan untuk sebuah kelas dan satu subjek. Namun begitu, ada juga di antara kita yang mengajar 2-3 kelas subjek yang sama tapi kelasnya berbeza.
Sebelum ni mungkin cikgu dah pernah cipta satu kelas dan nak cipta kelas-kelas lain pula. Bahan pengajaran mungkin lebih kurang sama. Ataupun semasa hujung tahun nanti, boleh buat cara ni juga untuk kelas tahun depan! Haha... Work smart! Nampakkk... So, apa yang kita boleh buat adalah, kita copy kelas untuk menjadikan kelas baru. Senang keja!~ LOL!
Cara Untuk Duplicate Kelas dalam Google Classroom
1) Buka Google Classroom (pada laptop)
**Pastikan anda berada dalam akaun MOE-DL
2) Cari kelas yang hendak di duplicate
3) Klik pada tiga titik > Copy
4) Kelas baharu akan diwujudkan. (Contoh : Copy of Class 4 Sina)
- Kelas ni ada kod baru, jadi boleh bagi kod kelas kepada murid-murid yang nak di invite ke kelas tersebut.
Simple je kan? Hehe... Baik... Sekarang ni tengok, apa yang akan di duplicate kat kelas baru tu... Bukan semua benda yang di duplicate ye... Sila ambil maklum!
Apa yang akan disalin (duplicate)?
> Title - Tajuk
> Topics - Topik
> Section - Ni masa memula korang nak set kelas tu ada benda ni. Section ni adalah Period ye... Berapa period kelas korang... Tulis kat sini.
> Class Description - Deskripsi kelas.
> Subject
> Classwork- Ni semua di duplicate akan jadi sebagai draft. Tarikh penghantaran semua akan di reset. So, korang boleh setkan tarikh dan masa penghantaran yang baharu.
> Grading System - Sistem pemarkahan yang korang set untuk kelas tu.
Apa yang tidak akan disalin?
> Teacher announcements - Ni boleh tengok kat stream. Apa yang cikgu bagi pengumuman, semua tu tak akan disalin kat kelas baru...
> Bahan yang telah dihapuskan. Yang mana korang dah pernah delete, takkan di salin kat kelas baru....
> Murid dan guru pun takde ye... Jadi, silalah invite! Hehe... Kelas tu kosong jerr...
> Attachment yang tidak diberi kebenaran (permission) untuk di copy
> Post dari murid-murid korang... Yela, dah buka kelas baru kan... Buat apa nak baca post murid dari kelas lain pulak kann... Hehehe...
Okay, sekian sahaja perkongsian untuk kali ini. Semoga lebih ramai lagi guru-guru yang berjaya menjalankan PdP menggunakan Google Classroom! Go go go!~ Walau bagaimana pun, korang jangan lupakan anak-anak didik yang tak berkemampuan dan mungkin mereka juga sedang menghadapi masalah dikala PKP ini... Kita tak tau masalah orang. So, redha je... Kita buat kerja kita, murid yang tak dapat nak join kelas, biarkanlah... Huhuhu...
Nota kaki : Sebuah musibah akan menjadi kenikmatan jika kita berhasil menyikapinya dengan syukur, sabar dan tawakal serta mampu mengambil hikmah dari setiap kejadian.
No comments:
Post a Comment