Tutorial Penggunaan Padlet - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Thursday, 23 April 2020

Tutorial Penggunaan Padlet


Hai gais!

Assalamualaikum... Korang okay ke tak ni? Saya harap semua okay, esok Ramadhan dah nak tiba... Saya doakan semoga Ramadhan kali ni lebih baik dari tahun yang sebelum-sebelum ni ya... Moga-moga saya dapat menggunakan masa dan kesempatan yang ada untuk beribadah dan menjadi lebih baik dari sebelum ni... InsyaAllah... Doakan ya... Selamat berpuasa, semua! Di kesempatan ini saya mohon maaf andai ada kesilapan dan tutur bicara saya yang tak menyenangkan, yang menyakitkan hati... Maafkan saya! 

Baiklah, harini saya nak share tentang Padlet. Padlet ni dah lama... Ramai yang dah kenal. Walau bagaimana pun, masih ramai juga yang belum biasa dengan Padlet. Kebetulan ada seorang rakan saya, Cikgu Ang Kong Yew, Guru Penolong Kanan HEM, SJKC Yu Hwa, Kota Tinggi, Johor ada berkongsi bahan dengan saya tentang tajuk Padlet ni... Nota yang dibuat dalam dwi bahasa; Bahasa Melayu dan Bahasa Cina. 





















Saya lihat nota yang dibuat sangat lengkap dan padat... Mudah difahami. Jadi, bagi guru-guru yang nak belajar fungsi-fungsi dalam Padlet, modul ni memang sangat membantu! Kalau nak print modul, boleh klik butang download kat bawah ni ye... :)




Disertakan sekali panduan dalam bentuk video... Dua versi, Bahasa Melayu dan Bahasa Cina... Boleh tonton di bawah ni ye...

Versi Bahasa Melayu : https://www.youtube.com/watch?v=6etsQQCtXNI


Versi Bahasa Cina : https://www.youtube.com/watch?v=64yTQRvzUSY


Sekian sahaja perkongsian untuk kali ini. Thank you Cikgu Ang di atas perkongsian bahan ini. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Take care, gais! Jangan lupa bangun sahur. Hehe... Babai!~

Nota kaki : If you cannot do great things, do small things in a great way!~

1 comment:

  1. Hi kak an,
    If ada jumpa iklan promo ttg padlet,share juga ye. (^_^)

    ReplyDelete