Assalamualaikum...
Hai gais! Baru-baru ini Google telah memperkenalkan aplikasi baharu yang mana saya rasa sangat berguna dikala PKP ini terutama untuk anak-anak yang berada di Pra Sekolah & Sekolah Rendah... Aplikasi tersebut adalah Read Along by Google.
Ada 'cikgu' tolong ajar sebutan betul
Korang yang ada anak kecil, nak ajar dorang membaca, memang sesuai sangatlah... Siap ada 'cikgu' yang ajarkan menyebut perkataan dalam apps tu. Apps Read Along setakat ini hanya untuk pengguna Android. Yang pakai Iphone, diharap dapat bersabar... Mungkin apps tu on the way kot... Hahaha... Harapnya begitulah. Sebab apps ni memang awesome dan tak rugi kalau nak gunakan...
Aplikasi Percuma - Belajar Membaca & Games juga ada disediakan
It's free, berbaloi untuk bagi anak-anak guna. Download lah... Serius! Bukan setakat membaca buku cerita sahaja, tapi ada juga games disediakan. Setiap kali membaca, point akan diberikan mengikut sebutan yang betul... Saya tak pasti macam mana kiraannya... Berbintang-bintang akan diberi kalau anak korang lancar membaca. Hihi... Namun, jika anak masih belum mampu membaca, ada 'guru' kat dalam tu yang akan bantu mereka menyebut perkataan. Ni yang paling awesome laa saya rasa!
ON Mic kat telefon/tablet semasa menggunakan Apps
Macam mana apps ni detect suara anak korang membaca? Dah tentulah kena on kan Mic kat phone... Masa memula nak membaca, korang akan dapat notifikasi untuk on kan Mic... ON kan je hokay... Supaya apps tu boleh detect suara anak korang, kalau salah sebutan, akan dibetulkan...
Bewarna-warni, banyak pilihan
Buku cerita digital dalam tu pun banyak & boleh tahan, cantik-cantik semuanya... Bewarna-warni. Sesuailah untuk menarik minat anak-anak korang untuk membaca.
Saya ambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Azhar yang mengingatkan saya untuk menulis tentang apps ni... Memang superb & highly recommended. Anak korang kena try apps ni... Okay, rasanya cukup setakat ni perkongsian saya. Semoga bermanfaat!
Nota kaki: Orang yang tidak beretika adalah yang tidak mengetahui bahawa di atas ilmu itu ada adab.
No comments:
Post a Comment