Cara Untuk Buat Make a Copy Google Form - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Wednesday, 6 May 2020

Cara Untuk Buat Make a Copy Google Form


Assalamualaikum. 

Hai gais! Sejak PKP ni ramai cikgu-cikgu yang buat latihan menggunakan Google Form. Alhamdulillah, satu perubahan yang baik dalam dunia pendidikan. Tak kurang juga yang bertanya tentang cara untuk membuat salinan (copy) soalan kuiz yang dicipta oleh guru-guru lain. Ini kerana, data jawapan dan markah yang diperolehi murid-murid akan terkumpul pada guru yang membuat soalan. Jadi, guru-guru yang menggunakan soalan guru lain, agak sukar untuk mendapatkan maklumat atau pun data murid mereka. 

Apabila berlakunya hal sebegitu, maka ramailah guru-guru yang bertanya untuk mencari jalan untuk copy soalan dari guru-guru lain. Sebelum ini saya telah kongsikan satu cara. Walau bagaimana pun, cara yang akan saya kongsikan hari ini lebih popular dan diminati sebab boleh copy secara berjemaah... Hahaha... Namun begitu, cara ini sebenarnya ada kekurangannya, sebab tu saya share cara yang lebih selamat terlebih dahulu. Boleh baca CARA UNTUK MEMBENARKAN ORANG LAIN COPY KUIZ GOOGLE FORM  Kaedah yang saya share ni saya fikir lebih selamat berbanding yang akan saya kongsikan hari ni... Tapi oleh kerana banyak permintaan, kakak pening hari-hari orang PM tanya... so, saya kongsikan jugalah teknik yang ni... Nahh hambikkkk! Haha... 

LANGKAH MUDAH UNTUK MEMBENARKAN ORANG LAIN MAKE A COPY GOOGLE FORM

Seperti biasa, untuk membenarkan seseorang copy Google Form, mestilah tuan buat Form yang kena ikuti cara ni... Hehe... Okay, owner Google Form, sila hadam steps ni... 


✅ Buka Google Form yang hendak dikongsi.

✅ Pergi kat tiga titik (sebelah butang SEND) > Make a Copy

Mula-mula kena make a copy dulu sebelum bagi orang lain copy. Kenapa? Sebab atas faktor keselamatan, kena buat macam ni.  Bimbang ada yang sabotaj kita, dia ubah form asal, jenuh kita nanti... Jadi, dengan cara macam ni, Form asal yang kita bina tak akan terganggu. Mereka cuma akan copy dari copied version. 


✅ Okay next, pastikan korang berada dalam tab Copy of xxxx.... (copied version ya, bukan yang ori!)

✅ Klik kat tiga titik > Add Collaborator


✅ Klik CHANGE. Tukarkan dari PRIVATE kepada Anyone with the link > Can Edit > Save > Done


✅ Lihat pada URL. Tukarkan perkataan EDIT kepada COPY > tekan ENTER > SIAPPPPP!~


✅ Bila dah keluar paparan macam kat atas ni, maksudnya dah berjayalah... So, boleh la share URL Form korang tu dengan orang lain untuk mereka copy. DONE!

Okay, berbalik kepada isu keselamatan yang saya cakap sebelum ni... Nampak tak? Hanya dengan menukar perkataan EDIT kepada COPY, COPY kepada EDIT, orang boleh ubah Form kita. Haaa... ni lah yang saya maksudkan. Sebab tu kita kena buat copied version dulu sebelum benarkan orang lain copy Form kita. Supaya Form asal yang kita bina, takde siapa boleh akses. Kakak cakap ni kau faham tak? Haha...

✅ Okay yang kat bawah ni contoh Google Form yang telah di copy. Semua boleh diedit... 


✅Bahan yang telah di copy akan menjadi hak milik orang yang copy tu ye... Lihat gambar dibawah...


Sebenarnya ilmu ni bukanlah terpakai untuk Google Form sahaja, tapi untuk apps lain seperti Google Docs, Sheets dll juga. Sama je kaedahnya. Sekian sahaja perkongsian untuk hari ini. Share lah ilmu ni kepada semua rakan-rakan korang. Bantu saya cari pahala sket bulan Ramadhan ni... Huhu... 


Okay ni panduan dalam bentuk video yang dibuat oleh rakan saya, Cikgu Aidaliza... 




Take care, gais! Jangan lupa doakan keselamatan, kesihatan, kesejahteraan dan kebahagiaan untuk saya. Semoga kita semua dalam rahmat dan limpahan kasih sayang Allah SWT. Babai!~

Nota kaki : Orang beradab sudah pasti berilmu tapi orang berilmu belum tentu beradab. Ilmu tanpa adab hanya akan membuatkanmu sombong. Ingatlah iblis, ilmunya tinggi tapi dilaknat sebab kesombongannya. Nauzubillahiminzalik... 

1 comment: