Korang apa khabar? Sihat ke? Sedar-sedar dah nak raya dah kan... Kejap je masa berlalu... Erm... Korang yang biasa shopping kat Shopee ke Lazada ke? Pernah dengar tak tak Taobao? Saya biasa dengar apps ni tapi tak pernah membeli belah kat sini. Sebabnya... Apps ni dalam Bahasa Cina sepenuhnya... Huhuhu...
Alhamdulillah, hari ni ada seorang sahabat saya, Khairil Firmansyah B. Anuar, sudi berkongsi cara-cara untuk membeli belah di Taobao ni. Ada cara rupanya guna apps ni, nak ubah bahasa dsb... Apps ni memang famous di kalangan peniaga since barang-barang memang direct dari China, memang murah sangat-sangat... Macam-macam ada katanya. Takut pulak nak shopping kat sini, takut duit habis! Hahaha...
Okay, bagi yang berminat untuk belajar cara-cara untuk membeli barang dari Taobao, silakan download modul yang disediakan ni ya... InsyaAllah... mudah je nak faham. Kot ada yang nak meniaga ke kan... Boleh lah cari-cari barang kat sini je... Beli secara pukal... Haa... Gituhhh!~ Hhehe... Apa pun semua atas risiko sendiri ya... Hati-hati semasa membeli. Doa yang baik-baik, insyaAllah...
Nota Panduan Membeli Belah di Taobao dengan 35 halaman rasanya memang sangat membantu terutama yang zero dan tak pernah guna Apps ni... Sangat detail. Dia guide dari mula nak register sampai la ke tracking parcel... Haa... Betul punya detail... Jom download!~
Download Panduan Membeli Belah di Taobao : http://tiny.cc/taobaoIBM
Semoga perkongsian ini bermanfaat. Semoga kita semua berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah SWT. Jom masuk dapur masak untuk berbuka... Hehe...
Nota kaki : Diam menjadi bahasa terbaik saat sedang kecewa dengan keadaan.
Semoga perkongsian ini bermanfaat. Semoga kita semua berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah SWT. Jom masuk dapur masak untuk berbuka... Hehe...
Nota kaki : Diam menjadi bahasa terbaik saat sedang kecewa dengan keadaan.
assalam puan.tumpANG tanya. selalu kos pembayaran kali ke 2 tu mahal x ya?
ReplyDeleteAdakah bayaran termasuk kos Duti Import & SST yang akan dikenakan oleh pihak kastam?
ReplyDelete