Halluuu peeps! Kerap sangat menulis blog post sampai ramai yang ingat saya ni blogger sepenuh masa. Hahahaha... Saya blogger / influencer separuh masa je, masih lagi bertugas sebagai seorang guru sekolah rendah.
Semalam ada seorang rakan saya minta saya share cara saya beri tugasan kepada murid saya. Segan juga nak kongsi. Saya tau kaedah saya bukanlah terbaik. Ramai lagi guru yang buat lebih baik dari ni.
Memang simple je cara saya. Saya beri latihan via Whatsapp melalui guru kelas seminggu sekali. Ada juga guna Google Classroom sekali sekala. Tak dapat nak gunakan sepenuhnya sebab kurang dari separuh murid saya yang masuk situ. Mereka belum dapat latihan yang secukupnya untuk guna apps berkenaan. So, saya malas nak pening kepala, apa pun kita kena berpijak di bumi yang nyata kann! So, saya maklumkan tugasan via Whatsapp je.
Selalunya, saya share macam ni je kat murid saya yang tahun 4. Selain tu, benda ni juga menjadi evidens kepada saya bahawa saya dah pun menjalankan tanggungjawab saya memberi tugasan untuk mereka. Untuk tahun 1, saya tak buat macam ni sebab pendekatan dengan mereka berbeza sikit. Banyak bagi link direct je supaya boleh klik terus.
12 Tips untuk beri latihan secara sistematik Semasa PKP
Semalam ada seorang rakan saya minta saya share cara saya beri tugasan kepada murid saya. Segan juga nak kongsi. Saya tau kaedah saya bukanlah terbaik. Ramai lagi guru yang buat lebih baik dari ni.
Memang simple je cara saya. Saya beri latihan via Whatsapp melalui guru kelas seminggu sekali. Ada juga guna Google Classroom sekali sekala. Tak dapat nak gunakan sepenuhnya sebab kurang dari separuh murid saya yang masuk situ. Mereka belum dapat latihan yang secukupnya untuk guna apps berkenaan. So, saya malas nak pening kepala, apa pun kita kena berpijak di bumi yang nyata kann! So, saya maklumkan tugasan via Whatsapp je.
Selalunya, saya share macam ni je kat murid saya yang tahun 4. Selain tu, benda ni juga menjadi evidens kepada saya bahawa saya dah pun menjalankan tanggungjawab saya memberi tugasan untuk mereka. Untuk tahun 1, saya tak buat macam ni sebab pendekatan dengan mereka berbeza sikit. Banyak bagi link direct je supaya boleh klik terus.
12 Tips untuk beri latihan secara sistematik Semasa PKP
π Gunakan satu platform untuk makluman. Contohnya, saya guna Whatsapp. Sebab kat Whatsapp je dapat reach semua murid. Kat GC, ramai takde. Tu pun saya takde dalam group Whatsapp tu, saya hanya beri tugasan tu kepada guru kelas untuk sampaikan kepada murid. Selalunya kalau murid tak faham atau ada masalah, mereka akan PM saya.
π Timeline. Letakkan latihan siap bertarikh supaya murid dan ibubapa tak stress. Nanti dorang ingat nak kena siapkan semua dalam masa sehari pulak. Huhu...
π Timeline. Letakkan latihan siap bertarikh supaya murid dan ibubapa tak stress. Nanti dorang ingat nak kena siapkan semua dalam masa sehari pulak. Huhu...
π Explain dengan ringkas & jelas apa korang nak suruh murid buat.
πTetapkan cara hantar tugasan. Macam saya, saya kurang berminat nak semak tugasan di Whatsapp. Sebab saya guru Bahasa. Saya memang pesan, semua latihan yang dibuat perlu dikumpulkan dalam fail. Pandai-pandailah ibubapa bantu urus. Nak pakai file macam mana, terpulang. Asalkan bahan semua terkumpul setempat. Segala projek murid perlu simpan dalam file dan latihan pula, saya minta mereka gunakan buku latihan.
π Berjadual. Saya akan beri latihan setiap Selasa untuk seminggu.
π Kepelbagaian. Walaupun saya beri tugasan melalui Whatsapp/Telegram, tapi sebenarnya tugasan adalah pelbagai. Ada yang berbentuk projek, ada latihan kuiz menggunakan Google Form, Quizizz, Quizalize dll... video Youtube... online games, ada latihan dalam Google Classroom, ada latihan yang mereka perlu buat menggunakan Buku Teks, ada bahan PDF yang saya send dalam group, ada jugak guna liveworksheets... Macam-macam... Saya memang suka kepelbagaian. Dengan harapan murid tak bosan. Huhu...
π Persediaan. Yang ni penting! Untuk menyediakan content pengajaran bukanlah semudah yang disangka... Ambil masa beberapa hari juga untuk saya siapkan task seminggu untuk mereka. Yelah, nak buat video, nak buat kuiz semua tu bukan mudah, babe... Nak kena rujuk sana sini... Mujur saya masih ada buku teks kat rumah ni untuk rujuk tajuk-tajuk untuk mengajar. Yang takde buku, try cari kat internet ok... :)
π Pilih latihan yang sesuai.
-Yang tak terlalu membebankan. Lite-lite sudahhh...
-Yang ibubapa boleh bantu.
-Yang boleh dipantau secara jarak jauh.
-Yang boleh disemak secara terus. Contohnya guna kuiz Google Form... Jadi, murid boleh dapatkan keputusan mereka secara terus. Cikgu pun boleh dapat data jawapan mereka.
-Banyakkan self access learning (pembelajaran kendiri)
π Presentation. Saya buat dalam bentuk poster. Semua latihan dan arahan, saya letakkan dalam poster tu. Dah siap tu tepek la gambar kartun sket, letak background colour! Letuppp!~ Nak attract murid katanyaaa... Haha...Ni trademark saya la. Cikgu lain mungkin bagi link atau bagi arahan secara terus kat dalam Group tu... Saya kan takde dalam group, jadi kat satu poster, ada semua. Kalau masih tak faham, PM tepi... Gituhhh... Haha...
Satu lagi, poster tu kalau boleh send dalam bentuk PDF. Sebab link-link akan aktif dalam bentuk PDF. Mudah mereka boleh klik terus kat latihan online yang diberi.
Poster ni juga akan jadi evidens untuk kita ya cikgu-cikgu... Hehe...
Nak belajar buat poster click on macam ni? Tengok tutorial ni... CARA MUDAH MENGHASILKAN POSTER MENGGUNAKAN POWER POINT
πBeri pilihan. Yang ni penting untuk mengelakkan stress dikalangan ibubapa dan murid. Hahaha... Saya pun stress kalau ramai-ramai PM cakap takde tu takde ni... So, sebelum dorang PM saya secara berjemaah, saya siap-siap berikan option untuk mereka.
Contohnya, untuk latihan yang memerlukan murid menulis, saya minta mereka buat dalam buku latihan. Andai kata takde buku tulis, buat je dalam kertas. Nanti bila pegi sekolah, tampallah dalam buku. Benda boleh mudah, buat apa susah! Kannn... Hihihii...
Contoh lain, latihan yang saya hantar bentuk PDF, siapa boleh print, print lah. Tak boleh print, minta mereka salin. Tak boleh salin, tak payah buat. Tiada paksaan. Sebab pada saya benda macam ni adalah atas usaha ibubapa itu sendiri. Budak-budak apalah yang dorang tau. Kalau mak ayah yang tolong beri alasan untuk anak-anak, cakap tak boleh print, susah nak salin, itu ini... memang sampai bila-bila kerja tak boleh nak disiapkan. So, tepuk dada tanya selera. Nak ilmu, ambil... Tak nak, tak apa... Simple! Kena ingat juga, kita tak tau masalah mereka... Mungkin memang mereka ada masalah. Husnuzon je... :)
πReward. Yes, memang saya beritahu dengan murid, siapa yang boleh siapkan projek, akan diberikan reward, insyaAllah. Hadiah akan diberikan masa buka sekolah nanti. Ni sebenarnya untuk meningkatkan motivasi murid untuk complete kan task yang saya beri.
π Berdoa agar semuanya baik-baik sahaja. Jangan terlalu berharap dengan apa yang murid boleh berikan kat kita, kita terlebih dahulu kena beri kepada murid. Apa pun, semuanya dari Allah... Doa...
Bukanlah nak kata kaedah ni yang terbaik, sebab masing-masing ada idea dan cara yang tersendiri. Selain itu, murid kita pun berbeza dari segi pengetahuan, sikap, kebolehan, kerjasama ibubapa dll. Saya sekadar berkongsi, kalau okay, nak jadikan contoh, silakan... Kalau rasa tak okay, ada cara lain, pun takde masalah... Jalankan tanggungjawab kita sebaiknya sebagai guru walau apa cara sekalipun. Jangan ikut orang, tapi ikutlah kemampuan diri! Takde method yang terbaik, semua yang cikgu-cikgu buat memang TERBAIK... sebab cikgu je yang kenal murid cikgu! Doa yang baik-baik!
Nak tukar lembaran kerja kepada lembaran interaktif? Jom baca post ni... CARA MENUKAR LEMBARAN KERJA BERCETAK MENJADI LEMBARAN INTERAKTIF ONLINE
Sekian dari saya... Sekadar berkongsi tips dan pengalaman. Saya pun masih memperbaiki dari hari ke hari... Semoga bermanfaat ya! Yang baik itu datangnya dari Allah... Yang buruk datang dari diri saya sendiri... okay gais, jangan lupa doakan kesihatan, keselamatan, kesejahteraan dan kebahagiaan buat saya. Take care! Babai...
Nota kaki : Hidup ini bukan suatu pertandingan. Kerana jalan hidup kita, disusun olehNya... Berbeza-beza!~
Terima kasih atas perkongsian
ReplyDeleteSalam Raihan, blh share mcmna nk buat poster tu tak..selama ni dok type direct je ke whatsapp tp yg u buat nmpk lg kemas n interesting!
ReplyDeleteterima kasih.tip ini sangat membantu.
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian.
ReplyDeleteThanx a lot for the sharing..
ReplyDeletetq for ur info n very useful sharing tcer Raihan...
ReplyDelete