Cara Mengumpul Tugasan & Evidens Murid - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Sunday, 28 June 2020

Cara Mengumpul Tugasan & Evidens Murid


Hai gais! 

Assalamualaikum... Lama kakak tak bersiaran, busy katanya... Huhu... Maklum la dah mula bersekolah ni, walaupun takde murid, saya agak sibuk menguruskan latihan-latihan yang telah dihantar untuk disemak... Alhamdulillah, saya mengajar tiga kelas, tak sangka banyak juga yang hantar latihan-latihan sepanjang PKP tempoh hari. Minggu lepas sekolah 3 hari, saya hanya sempat sort ikut tajuk / latihan dan semak sikit jer... Masih berbaki nak sambung semak lagi esok, insyaAllah... 

Memandangkan kita masih lagi dalam mode distance learning, mungkin agak sukar cikgu-cikgu nak dapatkan evidens murid-murid... Saya kongsikan beberapa cara untuk mengumpul evidens. Evidens ni boleh simpan untuk PBD dan pemantauan. Manalah tau kot ada yang tak nampak usaha cikgu-cikgu mengajar sepanjang PKP, bolehlah tunjukkan evidens ni sebagai bukti PdP dijalankan dengan baik secara jarak jauh... Kann!~ Hehe... Ada banyak cara sebenarnya, mungkin ada lagi cara lain yang saya tak senaraikan, boleh cikgu kongsikan di ruangan komen...  Saya sekadar berkongsi... Saya tahu ramai lagi cikgu-cikgu yang hebat.


Sebeban hasil kerja murid semasa PKP yang perlu disemak... Huhuhu...
 

CARA MENGUMPUL TUGASAN & EVIDENS MURID

1. Kotak untuk kumpul hasil kerja sepanjang PKP
Ni cara paling mudah nak dapatkan hasil kerja murid-murid secara manual termasuklah buku kerja, lembaran bercetak dll. Ibubapa hantar di sekolah, drop dalam kotak yang disediakan.


2. Telegram Group / Channel
Boleh wujudkan group di Telegram untuk murid-murid hantar tugasan / evidens untuk PBD. Tugasan boleh dalam bentuk pelbagai... Projek, buku skrap (video buka sehelai-sehelai mukasurat), latihan (snap gambar dan hantar), rakaman suara (aktiviti bacaan/bercerita/hafazan), rakaman video dll. 

Selain itu, boleh wujudkan Telegram Channel khas untuk cikgu kumpul evidens yang dihantar, samada dalam bentuk gambar, file atau video. 

3. Merakam gambar - cetak 
Mungkin kalau nak simpan banyak sangat, so, apa yang kita boleh buat adalah dengan merakam gambar... Terpulang nak print atau pun tidak... 


4. Email
Gunakan fungsi LABELS untuk group kan email dari murid-murid anda. 

5. Google Form / Google Form Quiz
Guna fungsi UPLOAD FILES dan boleh lihat data jawapan murid pada sheets Responses.

Kelebihan buat soalan sendiri, kita ada datanya... Huhu...

6. Menggunakan Fail
Salah satu kaedah tradisional yang berkesan. Dalam fail saya simpan mahjong paper pembentangan murid-murid, hasil kerja murid-murid dll. Gambar-gambar pun boleh print letak dalam fail ni... 

Kalau ada bajet boleh beli fail macam sebelah kiri tu. Ada butang, jadi bahan-bahan tak tercicir/berterabur.... 

7. Ruang Pameran
Mempamerkan hasil kerja murid di ruang-ruang pameran. 

PBD Tahun 1 semasa PKP haritu... Ada yang hantar gambar menerusi Whatsapp... Cantik-cantik belaka! I likeee... Hehe

8. Blog
Muat naik eviden dan hasil kerja murid-murid di blog... Contohnya seperti -----> PROJEK PENULISAN POSKAD (POSTCARD WRITING PROJECT)

9. Bina Portfolio di Google Site 
Membina satu site khas untuk menyimpan evidens murid jer...

10. Youtube 
Rakam video murid / hasil kerja murid dan kemudian upload di Youtube. 

11. Burn dalam CD
Yes, ni pun salah satu kaedah ye... Boleh simpan gambar-gambar / video tugasan murid dalam CD.



12. Google Photos
Cipta album & Upload dalam Google Photos.

13. Pendrive / OTG
Nak simpan dalam pendrive pun takde masalah... Atau pun nak transfer terus ke dalam OTG pun okay jugak... :)

14. Google Classroom
Yes, ni platform kelas, jadi macam-macam evidens boleh cari kat sini... As long as murid-murid guna GC, memang takde masalah nak dapatkan evidens dari mereka dalam GC.

15. Facebook
 Bina group/page & upload semua evidens dalam tu... Guna FB personal pun boleh jer... Yang penting simpan link amdaikata ada pemantauan, boleh tunjukkan kepada pemantau...

Kad Ucapan Digital Hari Raya dihasilkan oleh murid saya... saya upload ke FB...

16. Instagram 

17. Bukukan  dalam bentuk ebook/printed book

18. Aplikasi Pendidikan seperti ClassDojo, Edmodo, Google Classroom dll

19. Aplikasi Pendidikan yang lain seperti Quizizz, Quizalize, Google Form, Kahoot dll.
Data markah/pencapaian murid ada tersimpan dalam apps ni. 

20. Aplikasi Padlet
Lebih kurang macam pameran jugak. Semua hasil kerja yang dihantar dapat dikumpulkan dalam satu 'kanvas' elektronik & boleh dilihat oleh sesiapa yang ada linknya. 

Parents snap gambar dan masukkan kat dalam Padlet yang saya sediakan... Alhamdulillah..

Gambar-gambar ni adalah antara hasil kerja murid saya sepanjang PKP... Alhamdulillah! 

UPDATE 29/11/2020

21. Menggunakan Google Sheets Untuk Membuat Senarai murid hantar tugasan / tidak

Ni rupa Sheets yang saya buat dan kongsikan dengan ibubapa untuk tugasan sepanjang 3 minggu PKPB (10/11/2020-30/11/2020). Kalau ada murid yang hantar tugasan lagi lepas ni, kita masih boleh update dalam tu... Takde masalah... Data akan bertambah lagi sehingga tamat PDPR 18 Disember nanti.. InsyaAllah.






UPDATE 3/6/2021

22) Boleh kumpul link yang dihantar oleh murid. Link Tiktok ke, link youtube ke, Instagram ke.. apa-apa link tugasan yang mereka siapkan dalam bentuk video/rakaman... kumpulkan sebagai evidens. 😁

23) Rakaman Google Meet juga boleh menjadi evidens penglibatan murid-murid... misalnya sesi kuiz, soal jawab dsb... 

Untuk rakan-rakan guru yang mungkin down, tak bersemangat, sebab murid-murid tak hantar tugasan, keep on going seperti biasa. Murid hantar tugasan atau tidak, takpe... Rasanya masalah tu bukan anda sorang yang merasa... Ramai... Saya pun merasa juga. Tak semua murid hantar tugasan, tapi ramai juga yang hantar... So... Biarkan jer... Kita buat kerja kita mencurah ilmu kepada sesiapa yang mahu. Yang tak mahu, usah dipaksa, usah dicerca... Just let them be. Mungkin mereka ada masalah yang kita tak tau... InsyaAllah doakan yang baik-baik untuk anak didik kita ya. Terus positif! 😊

Jangan lupa, evidens yang dikumpul pastikan mudah untuk diakses, mana perlu print boleh print, yang boleh disimpan dalam bentuk soft copy, just simpan dalam laptop/phone... Pastikan ianya juga well organized, senang nak cari nanti... Mana lah tahu kot ada yang nak apply Guru Cemerlang ke, benda ni semua memang membantu. Hehe... Okay gais, got to go! Take care ya. 💓

Nota kaki : Ada masa dimana kamu hanya perlu diam dan memperhatikan apa yang mereka buat meskipun itu menyakitkanmu, karna membalas dengan cara yang sama hanya akan membuatmu sama seperti mereka! 

1 comment: