Assalamualaikum gais!
Hai... Internet takde plak kat rumah... Haihhh... Terganggu emosi kita! Huhuhu... Memandangkan cuti sekolah dah nak habis, dah boleh la kita buat persediaan mental, fizikal dan emosi untuk mengadap New Norm mengajar dan belajar secara jarak jauh... Virtual learning, distance learning dan lain-lain yang sewaktu dengannya... Hehe...
Bukan murid kat negara kita je macam ni, satu dunia sama macam ni juga... Baru je pagi tadi sorang rakan saya di Indonesia update tentang perkembangan pendidikan di sana. Dimaklumkan, mereka juga masih sama macam kita... Belajar di rumah. Nak ke tak nak, suka ke tak suka, kita kena akur dengan keadaan semasa yang memerlukan anak-anak belajar dari rumah.
Okay saya nak share beberapa tips untuk ibubapa & murid dalam menjalankan Pembelajaran secara Jarak Jauh. Saya share ni bukan untuk korang je tapi lebih kepada untuk diri sendiri... Sama-samalah kita improve kan diri ya... Huhu... Untuk murid Sekolah Menengah saya fikir kurang sikit masalahnya, hanya sikap murid tu je lah... Tapi kalau untuk Sekolah Rendah, memang perlukan bantuan ibubapa. Serius! Tambah-tambah yang di tahap 1... Allahuakbar... Memang tak tau apa-apa. Perlu dibimbing...
Ni antara TIPSnya... Jemput baca... :)
1. JADUAL PEMBELAJARAN - Pastikan anda tahu jadual subjek anak anda. Contoh macam saya diberikan jadual hari Selasa. Jadi setiap Selasa, saya akan beri tugasan kepada murid untuk seminggu.
2. TANYA BILA PERLU - Andai kata anda/murid tak faham, PM cikgu untuk bertanya.
3. CARI SOLUSI - Agak mencabar nak bantu anak-anak menjawab soalan, ya, saya faham... Tambah-tambah kalau bukan bidang kita, contoh macam Matematik... Sekolah Menengah, susah juga... Apa yang boleh anda buat adalah:-
π Bertanya dengan guru / murid lain
π Google!
π Tak faham bahasa Inggeris, gunakan Google Translate / kamus online. Latih anak-anak juga untuk buat benda yang sama.
π Cuba gunakan apps di telefon untuk membantu. Contohnya untuk Matematik, mungkin anda boleh cuba 2 apps ni... APLIKASI PENYELESAIAN SOALAN MATEMATIK
π Mencari video bimbingan yang sesuai di Youtube
π Bila dah usaha, tak dapat jugak jawapan, redha je... Tak perlu stress, kalau setakat 1-2 soalan tak berjawab, cikgu pun faham... Ni ada yang langsung tak jawab, itu lebih mengecewakan...
4. JADUAL DI RUMAH Sediakan jadual untuk anak-anak belajar. Maklum la cuti macam ni, kadang-kadang waktu bangun tidur pun boleh lajak sampai ke tengahari. Jadi, tetapkan pukul berapa anak perlu belajar/siapkan latihan yang diberi oleh guru. Mungkin ada guru yang buat perjumpaan bersemuka di Google Meet, kena take note!
5. HADKAN TV / HANDPHONE. Sementara anak-anak siapkan latihan, hadkan dulu penggunaan TV/telefon seketika... Dah siap, boleh tengok phone semula, takde masalah...
6. BANTU SEDIAKAN BAHAN - Ada masa kadang-kadang anak perlu buat projek online / offline. Bantulah semampunya. Mungkin dari segi penyediaan barang-barang keperluan projek seperti gam, gunting, kotak dsb. Mungkin ada perjumpaan online dengan guru, jadi ibubapa perlu bantu sediakan telefon/laptop untuk anak-anak sertai.
7. MENCATAT SEGALA LATIHAN YANG DIBERIKAN - Catat segala kerja rumah yang diberikan kat dalam phone / kertas agar mudah dirujuk. Bukan apa, nanti bila dah lama-lama, susah plak nak scroll mencari... Atau pun bila dah ramai yang chat dalam group, tak perasan latihan yang cikgu beri... Lebih baik, dapat je latihan, terus catat / save dalam phone.
π Kalau kat Whatsapp, boleh guna fungsi STAR untuk mark latihan-latihan yang diberi.
π Kalau kat Telegram, mungkin korang boleh forward latihan-latihan tu masuk dalam SAVED MESSAGES korang.
π Yang mana perlu di print, cari masa, printlah segera agar anak-anak dapat menjawab latihan dengan cepat.
πYang mana cikgu bagi kuiz online / latihan atas talian, mungkin korang boleh forward latihan-latihan tu kat telefon anak korang (kalau anak ada phone lah...) Kalau anak korang takde phone, mungkin boleh beri masa sekejap untuk mereka gunakan phone korang untuk selesaikan latihan online tu. Selalunya latihan online tak banyak mana pun... Mungkin dalam 10-20 soalan... Kalau siang korang kerja, bagilah anak korang jawab soalan tu waktu malam... Gituhh... Ataupun, kumpulkan semua link tu, bagi satu masa yang sesuai untuk anak-anak menjawab, mungkin hari korang off day ke, weekend ke...
8. BUAT KERJA IKUT TIMELINE - Pastikan anak-anak siapkan kerja ikut timeline yang ditetapkan. Jangan bertangguh. Makin lama makin banyak keja nanti...
9. GALAKAN DAN MOTIVASI - Beri galakan dan motivasi kepada anak-anak untuk belajar. Macam-macam cara nak reward anak-anak... Nak puji ke nak belikan something ke, terpulang! Yang penting jangan biarkan anak anda tercicir lama sangat... Kesian... Orang lain dah belajar sampai Unit 6 contohnya, anak kita masih terkial-kial kat unit 2... Haihh... Kesian anak-anak...
10. KESEDIAAN MENTAL & EMOSI - Bersedia dari segi mental & emosi untuk menjadikan New Norm ini kebiasaan. It's not easy tapi boleh... Pelan-pelan kayuh hokehhh! Hehe...
11. CARI BAHAN PENDIDIKAN TAMBAHAN - Boleh dapatkan bahan-bahan pendidikan tambahan untuk anak-anak korang di Facebook, blog, website dll. Ada banyak, free jer...
12. DOA - Berdoa agar semuanya dipermudahkan.
13. IKUTI PERKEMBANGAN - Sekiranya korang memang ada masalah, maklumkan kepada guru secara personal. Masalah henfon ke masalah peribadi ke... Masalah apa je lah... Tapi jangan sengaja create masalah pulak. Dan jangan pulak meng ghaibkan diri... Hahahahah...
14. TANGGUNGJAWAB - Sentiasa ingat yang anak-anak ni terutama yang masih di sekolah rendah, memang perlukan bantuan ibubapa untuk siapkan latihan-latihan yang diberi... Apalah yang mereka tau... Nak nak yang di tahun 1, 2, 3...
15. KUMPUL SEMUA BAHAN - Letakkan semua bahan bercetak, projek dll dalam satu kotak/fail khas untuk setiap anak. Jadi, nanti bila dah buka sekolah, boleh hantar semua tu kepada guru.
16. KURANGKAN BERALASAN - Yes, memang cikgu tak boleh paksa anak-anak murid untuk siapkan kerja, tapi itu bukan alasan untuk ibubapa lepas tangan... Kesianlah kat anak-anak, ketinggalan pelajaran. π
Just my 2 cents... anak-anak sekolah rendah, pada saya, 70% refleks kepada kebertanggungjawaban ibubapa. Kalau mak ayah kisah tentang pelajaran, saya yakin anak-anak akan buat latihan-latihan yang diberikan apa cara sekalipun. Malah mungkin ada yang lebih baik sebab belajar depan mak ayah. Mungkin 15% je masalah berpunca dari sikap murid... Memang tak dinafikan ada murid yang malas, melawan, tak nak dengar cakap ibubapa... Yes... Tapi tu segelintir je... lagi 15% mungkin la sebab lain-lain seperti mak ayah tak literate, takde internet dsb. Selebihnya, atas ibubapa itu sendiri. Tepuk dada, tanya selera. Internet pun dah dapat FREE 1GB setiap hari. Pandai-pandailah... π
Okay lah, akhir kata, jom la kita sama-sama jaga hal pendidikan anak-anak... Saya menulis ni bukan apa, ada juga guru yang beriya-ia buat latihan macam-macam, tapi murid tak buat... menghilang... Senyap sepi... Saya sendiri mengalaminya. Less than 1/2 yang participate. Mujurlah saya jenis positif jer... Nak buat, buat... Tak nak, takpe... Tapi ada juga rakan guru yang down & kecewa. Kesian...
Kepada rakan guru, teruskan je kerjabuat kita. Biar orang nak kata apa pun, just keep your chin up. Kepada rakan guru yang memang sebelum ni mungkin blur, tak buat apa-apa lagi, rasanya dah boleh dah bergerak... Mulakan New Norm ni dengan semangat baru. InsyaAllah...
Bila semua orang jalankan tanggungjawab masing-masing, ibubapa jalankan tanggungjawab ibubapa, guru jalankan tanggungjawab sebagai guru... murid jalankan tanggungjawab sebagai murid... insyaAllah, pembelajaran secara jarak jauh ni bukan satu masalah lagi...
Okay gais, semoga bermanfaat. Sekadar berkongsi dan memotivasikan sahaja... Terutama untuk diri sendiri, yang selalu lupa. Assalamualaikum...
Nota kaki : Life is a marathon, not race!
No comments:
Post a Comment