Belajar Doodle Dengan Aplikasi Quick Draw - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Thursday, 30 July 2020

Belajar Doodle Dengan Aplikasi Quick Draw


Hai gais!

Assalamualaikum.... Apa khabar semua? Saya dah start bercuti hari ni untuk sambutan Hari Raya Aidil Adha esok. Saya yakin, ramai rakan-rakan yang dah pun mula bercuti juga. Yang pulang ke kampung halaman, hati-hati di jalan raya ya... Elakkan tempat sesak... Jaga jarak sosial. 

Yang dah mula masak-masak, mesti seronok kan... Hehe... Apa pun, dalam kegembiraan nak menyambut raya, jangan sesekali kita alpa & lupa dengan SOP yang ditetapkan... Panduan sambut Aidil Adha pun dah ada... Kita follow jer sebaiknya.... Saya ambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua pembaca blog saya... 😊

Baiklah, hari ni saya nak kongsikan satu aplikasi baharu yang diperkenalkan oleh Google iaitu Aplikasi Quick Draw. Saya dah cuba aplikasi ni minggu lalu, memang best... Sesuai la nak belajar melukis, sambil-sambil tu boleh belajar vocab Bahasa Inggeris... Gituhh... Aplikasi ini percuma dan boleh digunakan di telefon dan juga komputer! 

Aplikasi ni akan berikan perkataan dan kita diminta untuk melukis mengikit perkataan yang diberikan. Yang menariknya, aplikasi ni akan meneka lukisan kita... Dalam masa 20 saat, lukisan mestilah siap dilukis yang sedikit sebanyak ada la rupa macam perkataan yang diberikan tu.. Jom la try! Bagi anak-anak pun, dorang confirm suka... Satu game ada 6 gambar yang perlu dilukis... 

Caranya bagaimana?



2. Klik butang LET'S DRAW

3. Mulakan melukis mengikut perkataan yang diberikan dalam masa 20 saat.


4. Lihat kesemua hasil lukisan kita.

5. Boleh kongsikan di Twitter / Facebook. Atau boleh mulakan semula permainan...

Seronok jugak main game ni, isi masa lapang... Nanti try tau! Jangan lupa share apps ni dengan anak murid / anak-anak.... Mesti dorang suka! 😁

Okay, sekian sahaja perkongsian untuk hari ini. Semoga bermanfaat... Take care gais! Babai...

Nota kaki : Daun yang jatuh tak pernah membenci angin.

No comments:

Post a Comment