Cara Nak Buat Group Telegram - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Sunday, 5 July 2020

Cara Nak Buat Group Telegram


Assalamualaikum semua.
Okay hari ni saya nak share cara bagaimana untuk mewujudkan Group Telegram. Sebenarnya, sangat-sangat mudah... Yang dah tau caranya, alhamdulillah... Namun begitu, masih ramai juga yang PM saya bertanya cara untuk buka group Telegram... Baiklah, bagi yang baru nak wujudkan group untuk kelas ke untuk bisnes ke, bolehlah rujuk kat tutorial mudah di bawah ni ye...

Cara Nak Buat Group Telegram (Rujuk penerangan beserta gambar)

1) Buka Aplikasi Telegram. Klik New Message 

2) Klik New Group

3) Cari mana-mana kawan atau suami ke isteri ke siapa-siapa lah... Untuk di add dalam group. Untuk buka group kena masukkan sekurang-kurangnya sorang dalam group...

4) Klik butang Next.

5) Bila dah berjaya masukkan seorang 'member' dalam group, boleh klik butang Create


6) Group sudah sedia untuk digunakan. Namun begitu, adalah lebih baik sekiranya kita buat tetapan (setting) terlebih dahulu sebelum invite orang lain masuk group. Untuk setting, klik pada ikon group.
7) Setelah itu, klik butang Edit


8) Boleh masukkan gambar dan Group Description... Tak masuk pun takpe. Description ni macam penerangan la tentang  Group tu.

9) Buat tetapan Group Type. Pilih samada public atau private
Public - Sesiapa pun boleh search & masuk ke group tersebut.
Private - Hanya mereka yang ada link sahaja dapat masuk ke group. 

Copy link & kongsikan dengan ibubapa atau sesiapa yang ingin dijemput masuk ke group berkenaan.

Revoke link adalah untuk membatalkan link asal dan digantikan dengan link baru. Ni kalau ada salah guna link... Boleh la klik revoke link ni untuk generate link baru... Setelah revoke link, link lama dah tak boleh digunakan lagi... 

Satu lagi yang penting adalah berkenaan dengan Chat History For New Members. Pastikan ditukar kepada Visible untuk memastikan ahli yang baru sertai Group berkenaan dapat membaca post/chat yang terdahulu. 


10) Sebagai admin group, anda berhak untuk menetapkan apa yang boleh, apa yang tak boleh dibuat oleh ahli dalam kumpulan. Boleh buat tetapan kat menu Permission.

Slow Mode adalah untuk mengurangkan chatting... Hihihii... Setiap kali send mesej, mereka perlu tunggu mengikut masa yang ditetapkan (10s, 30s.... etc) untuk menghantar mesej kedua, ketiga dan seterusnya... Kalau guna fungsi ni, takde la masuk mesej bertubi-tubi kat phone... Dan nak chat pun tak berapa best sebab ada delay... Kena bersabar nak tunggu untuk mengeluarkan mesej yang seterusnya... Hahaha....
 

Okay yang ni pun penting jugak untuk admin group. Selalunya kita ada benda penting nak maklum jadi kita boleh gunakan fungsi Pinned Message. Salah satu fungsi Telegram yang saya suka, Pinned Message ni lah... Memang best. Boleh bantu ibubapa untuk sentiasa up to date dengan makluman terkini. :)

11) Contoh macam dalam gambar, saya beri ucapan selamat datang. 

12) Klik pada mesej yang dihantar, pilih Pin

13) Kemudian klik Yes supaya semua ahli kumpulan dapat notifikasi tentang mesej penting yang telah di pin tersebut.

14) Wallaaaa! Dah siap... So, kalau sesiapa yang baru masuk group, mereka boleh klik untuk baca pinned message tu untuk dapatkan makluman terkini/penting. Yang mana memang dah ada dalam group, mereka akan dapat notifikasi bila satu-satu mesej tu di pinned kan... Hehe...


Baca Post saya yang terdahulu... MENGURUS EVIDENS PBD DI TELEGRAM

Sekian sahaja perkongsian untuk hari ini... Diharap dengan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu rakan-rakan guru untuk mewujudkan group Telegram yang mungkin akan dimanfaatkan untuk bisnes, kelas, pendidikan, perkongsian, apa sahaja... InsyaAllah... Kongsikan dengan sahabat-sahabat yang lain ya... Jangan lupa tolong doakan kesihatan, keselamatan, kesejahteraan & kebahagiaan buat saya. Take care, gais! Assalamualaikum... :)

Nota kaki : إِنَّ الرَّجُلَ لَيَتَكَلَّمُ بِالْكَلِمَةِ لَا يَرَى بِهَا بَأْسًا، يَهْوِي بِهَا سَبْعِينَ خَرِيفًا فِي النَّارِ

Maksudnya: “Sesungguhnya seseorang terkadang berbicara dengan kata-kata yang dia sangkakan tidak mengapa, lalu (tanpa diduga) dia terjerumus dengan sebabnya ke dalam neraka (yang kedalamannya) sejauh perjalanan tujuh puluh tahun.” Riwayat Ahmad (7215)

3 comments:

  1. perkongsian yg sangat berguna kepada saya warga emas yang kurang mahir menggunakan teknology hp

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum puan..
    Mengapa group yg saya create.. ahli tidak boleh memadam message perbualan ahli yg lain?

    ReplyDelete
  3. syukran diatas perkongsian ini...

    ReplyDelete