Assalamualaikum gais! Halluuu... Sembang pasal PBD, yes, guna Telegram untuk kumpul evidens adalah merupakan salah satu option yang baik. Tambahan pula kita masih lagi dalam mode belajar secara jarak jauh. Bila masuk dalam fasa PKPP, saya dah start guna Telegram untuk mengumpul hasil PBD murid-murid saya. Caranya bagaimana?
π Okay... Mula-mula cikgu perlu cipta Group di Telegram.
Rujuk Post CARA NAK BUAT GROUP TELEGRAM
π Bila group dah wujud, bolehlah invite parents atau murid-murid masuk... Invite guna link je.
π Masukkan arahan PBD. Tulis arahan dengan jelas. Gunakan fungsi Pinned Post untuk memastikan ibubapa tidak ketinggalan tentang post penting seperti itu.
Guna Pinned Post untuk memastikan ibubapa/murid tak terlepas pandang info penting/tugasan terkini. |
π Pastikan ada butiran penting seperti tarikh akhir untuk menghantar tugasan, cara membuat tugasan, video yang berkaitan dll supaya ibubapa dan murid jelas apa yang nak di buat.
π Evidens dari murid-murid akan tersimpan di ruangan Media / Files / Voice / Audio / Link.
πBila habis je satu-satu tugasan, terus catatkan dalam borang transit PBD supaya tak terlepas pandang... Maklum la bila dah banyak-banyak nanti, bimbang pulak ada yang kita tak perasan kan... :)
Satu lagi bila dah 2-3 tugasan, jenuh juga nak scroll tengok... dan... bila dah banyak-banyak, jadi serabut. So, sebelum kita berserabut, lebih baik kita kasi settle awal-awal... Hehe...
π Kelebihan kumpul evidens PBD dalam Telegram π
✅ Ruang simpanan awan (Cloud based storage). Jadi, kalau ada video ke gambar ke, tak beratkan phone kita.
✅ Evidens terkumpul dalam group.
Yang ni evidens murid-murid reciting poem... :) |
✅ Boleh check tarikh mereka hantar dengan mudah.
✅ Senang nak tunjuk kat pemantau... Semua ada disitu termasuk arahan tugasan dan juga hasil kerja.
✅ Boleh guna fungsi pinned post untuk ingatkan murid untuk hantar satu-satu tugasan.
Okay, sekian sahaja dari saya... Semoga perkongsian ini bermanfaat & sedikit sebanyak dapat membantu rakan-rakan guru untuk mengumpul evidens PBD dengan mudah dah cepat. Selamat berhujung minggu! Take care, gais! Babai...
Nota kaki : Pohon terbaik selalu jadi pilihan pertama untuk ditebang.
So inspired n love ur blog v.much..tq
ReplyDelete