PLC Bersama Panitia Bahasa Melayu SK Rapat Jaya - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Friday, 17 July 2020

PLC Bersama Panitia Bahasa Melayu SK Rapat Jaya


Assalamualaikum! 

Salam Jumaat, gais... Apa khabar semua? Saya harap semua sihat hendaknya... Sentiasa bersemangat untuk bekerja! Yeahhh!~

Rabu minggu lalu, panitia Bahasa Melayu SK Rapat Jaya, Ipoh telah mengadakan sesi PLC dan saya telah diundang untuk membuat perkongsian ilmu. Aktiviti yang dirancangkan untuk PLC kali ni memang superb iaitu tentang penyediaan kuiz menerusi Google Form dan penghasilan video mudah menggunakan Microsoft Power Point.. Tahniah, Cikgu Anny Suzany Binti Abdullah selaku Ketua Panitia. Haibattt! 👏👏😍

Lama dah nak tulis post ni, tapi kita tunggu sampai ada hasil, barulah boleh up hasil sekali kat sini kann... Evidens kejayaan sesi PLC katanya... Gituhh! 

Kredit : Gambar dari lensa Cikgu Siti Mar

Kredit : Gambar dari lensa Cikgu Siti Mar

Alhamdulillah, berkat kesungguhan guru-guru Bahasa Melayu sememangnya menampakkan hasil yang baik. Masing-masing berjaya menyediakan soalan kuiz menggunakan Google Form untuk kelas sendiri. Jadi lepas ni, walaupun murid sudah kembali ke sekolah, guru-guru masih boleh memberikan set soalan untuk dijadikan sebagai kerja rumah... Sambil-sambil topup apa yang tertinggal, dapat juga dijadikan sebagai aktiviti pengukuhan. Kan... 


Selain itu, guru-guru juga berjaya menghasilkan video PdP sendiri menggunakan aplikasi Microsoft Power Point. Belajar macam mana nak create content, cara nak masukkan suara, edit gambar dan lain-lain dalam video... Kalau dilihat pada hasil kerja mereka, untuk level beginner, pada saya memang dah cukup baik dah! Hebat! Tahniah, cikgu-cikgu semua! Ada juga beberapa orang guru bukan subjek join sekali... Alhamdulillah, semua memberikan komitmen dan hasil yang cemerlang. Syabas!


Iyalah, sememangnya matlamat ber PLC (Professional Learning Community) adalah bertujuan untuk menggalakkan kolaboratif di kalangan guru untuk menambah baik kualiti PdPC dalam bilik darjah. Nampaknya sesi PLC yang dianjurkan oleh Panitia Bahasa Melayu SK Rapat Jaya kali ni berjaya mencapai objektif dan target yang ditetapkan. Alhamdulillah... Tak sia-sia saya turunkan ilmu. Tak banyak, sikit... at least guru BM dan guru-guru yang menyertai bengkel saya ni dah tau nak buat kuiz dengan menggunakan Google Form dan menghasilkan video PdPc mudah menggunakan aplikasi Power Point... Secara tak langsung boleh jalankan PdP dengan kaedah Flipped Classroom & Blended Learning bersama murid... Yay!~

Ni antara hasil kerja guru-guru yang menyertai PLC tempoh hari. Ada set kuiz Bahasa Melayu tahun 1-6, tapi saya masih belum kongsikan lagi... Tunggu dorang approve masuk blog dulu... Hihihi... 


Video oleh : Puan Zaimah Binti Musa (Penolong Kanan 1)
Tajuk : Bahasa Melayu - Kata Ganda


Video oleh : Puan Siti Marwiyamah Binti Marwing
Tajuk : Asid dan Alkali - Sains Rendah


Video oleh : Puan Iylia Hani Binti Mohd. Radzi
Tajuk : Bahasa Melayu Pemulihan Khas - Perkataan KV+KV 


Ni contoh video yang saya sendiri buat menggunakan Power Point. Ni contoh la kiranya ni... Hehe... 

Korang dah buat PLC ke belum? Jom sama-sama kita mantapkan lagi ilmu PdPc  dengan berPLC. Sekian sahaja dari saya. Jumpa lagi dalam next post, insyaAllah... Take care, gais! Babai... 💗

Nota kaki : Teruslah berbuat kebaikan walaupun tidak mendapat pujian, teruslah menebar manfaat walau tidak dapat penghargaan. Kerana Allah adalah tujuan. 

No comments:

Post a Comment