Halluu gais!
Assalamualaikum... It's me again! Haha... Hari ni lama pulak kita mengadap laptop. Alhamdulillah, Allah izinkan... Syukur... Diberi kesihatan yang baik dan masa yang lapang untuk ber blog. 😍
Sejak Covid19 melanda, banyak benda berubah dalah hidup saya... Antaranya, kalau dulu boleh kata hampir setiap hari makan di kedai, sekarang ni tidak lagi... Jarang dah ke kedai. Bukan apa, risau nak berlebih-lebih kat luar. Barang-barang memang mostly beli online je sekarang. Semuanya di hujung jari, even lauk basah pun beli online... Kau rasa?! Hahaha... Adalah pegi beli kat kedai, tapi jarang... Entahlah... Rasa lebih selamat di rumah.
Ada yang tak nak sayur... Custom made... Gituhh! |
Comot-comot bento kakak... Haha... Beginner, beginilah... |
Sejak mula bersekolah, saya start buat bekal untuk budak-budak ni... Sendiri pun selalu bawak bekal juga. So, untuk level-level beginner macam saya, yang sepanjang umur ni bawak bekal boleh kira dengan jari, saya rasa ni adalah satu achievement yang baik untuk diri saya. Hooray! I did it! Macam tak sangka, boleh sebenarnya... Malas memang malas tapi tulah, risau pulak nak benarkan dorang ni turun berasak-asak di kantin... Selagi termampu dan mood ada, kita bawak lah bekal.. Bhahaaha...
Ada yang tak makan taugeh... Asing siap-siap... Hukks... |
Kerabu maggi pepagi... Huhu... |
Weekend macam ni sibuk sikitlah... Saya akan sediakan masakan. Kira macam 1/2 cooked la. Bahan-bahan basah akan dimasukkan pagi-pagi... Hujung minggu macam ni buat je kuah-kuahnya dulu... Contoh macam minggu ni saya dah siapkan sambal cili padi, sambal kosong 2 bekas dan kuah black pepper 2 bekas. So, in case pagi-pagi nanti tak sempat nak goreng-goreng segala spaghetti, bihun bagai, saya akan masukkan je bahan mentah dan panaskan kuah-kuah yang dah siap ni. Masak nasi, settle!
Bahan-bahan mentah memang dah sediakan malam sebelum tido... letak kat chiller. Sayur ke apa ke... siap dah potong. Pagi cuma spend dalam 30minit je kat dapur. Kadang-kadang dekat sejam juga... 😅
Bawang merah dan bawang putih pun dah siap saya blend sikit, kot la nak goreng-goreng pepagi tu kannn... Penat ke? Jangan tanya, of coz la penat! Tapi alhamdulillah, setakat ni Allah izinkan...
Bawang putih bawang merah... Siap blend untuk seminggu... |
Kuah-kuah yang dah siap untuk di frozen... :) |
So, nampak tak kehidupan saya penuh bermakna sekarang? Gituhhh... Seawal subuh ya... Haha... Memang sibuk, anda fikir saya ada masa nak sakit kepala? Memang takde laaa... I enjoy my day, alhamdulillah. Takde masa nak semak fikir pasal orang lain juga, tu yang bagus sebab masa dah penuh terisi dengan hal peribadi... Yeahh!
Nasi putih, sambal udang... Satu lauk pun dah bangga wehh... Sebab selama ni tak penah buat bekal. 😆 |
Saja buat catatan sebagai kenangan... Moga-moga terus istiqomah berbento! Doakan saya tau... Hehe... Take care, gais! Babai...
Nota kaki : Whatever that makes you feel bad, leave it. Whatever makes you smile, keep it.
Hebat sis. Welcome to the club Geng Bawa Bekal😁😁😉
ReplyDeleteTu la sebelum ni terinspirasi jugak dengan rizz, tp tak mampu nak buat.. alhamdulillah.. lepas PKP baru ada kekuatan nak buat bento. Hihihi...
ReplyDelete