Hai semua!
Assalamualaikum... Apa khabar? Rasa macam lama tak menulis... Huhu... Cuti beberapa hari ni asyik makan tido jer... Yang pergi melancong, berjalan sana sini tu, jangan lupa jaga jarak sosial ya. Jaga diri masing-masing... Saya memang takde plan ke mana-mana, memang beku kat rumah since PKP... pegi keja balik keja jer... Barang pun beli online... Rindu gak nak pegi makan angin... Last pegi holiday sebelum PKP... Haha... Lama giler dah rasanya tak tengok dunia. ๐ Nantilah... Kita plan lain... InsyaAllah...
Dah banyak kali nampak kawan-kawan kat FB share pasal virtual run ni... Tapi takde kesempatan dan kekuatan nak join... Haha... Bulan lepas, dapat join satu virtual run yang dianjurkan oleh Anyrace. Haa.. korang mesti nak tau amenda Virtual Run ni kan? Okay, virtual run ni kiranya korang berlari, tapi bebas nak lari pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja. Korang cuma perlu rekodkan larian korang menggunakan smart watch ke, henfon ke... Guna apps la... Macam saya, saya memang guna jam Fitbit. Jadi, memang ada apps dalam phone yang sync dengan jam yang saya guna tu untuk detect larian saya berapa km.
Selalunya virtual run akan open for registration dalam sebulan gituh... Contoh macam saya join haritu, daftar pada 1 Jun 2020... Pendaftaran sehingga end of June camtu... kena buat bayaran apa semua. Yes, masuk Virtual Run ni memang kena bayar yer... Huhu... So, kalau korang rasa tak nak bayar, sila lah berlari sendiri jer...
Semasa mendaftar, korang akan diberi pilihan samada nak medal, t-shirt & e-sijil. Optional. Kalau tak nak certain item, kuranglah sikit bayarannya... Saya kan first time join, so macam bersemangat ambik semua benda. Total of RM60. Sekali berlari RM60 kauuu! Hahaha... Tapi okay la, dapat t-shirt cun sehelai, dengan medal yang comel giler... e-cert lagi... Boleh la acah-acah runner! Gituhhh... Hahaha...
Dah settle bab pendaftaran, korang akan diberikan tempoh untuk mulakan larian, selalunya dalam tempoh sebulan. Saya punya haritu, start 1 - 31 Julai.. So, dalam masa sebulan, kena settle berlari ikut bilangan kilometer yang ditetapkan. Haa... selalunya Anyrace ni akan open ikut bilangan kilometer yer... Saya beginner, saya ambik yang 5km jahhh... Kalau mampu nak 10km, 15km, 20km pun boleh jer... Tengok iklan betul-betul... Penting sebab kalau tak habis lari ikut bilangan kilometer yang kita daftarkan, kita tak dapat segala sijil, tshirt apa semua tu ye... So, make sure bila dah register, ko habiskan larian! Kalau tak memang rugi ler...
Kiranya sijil, tshirt, medal tu umpama motivasi untuk kita berlari... Hahaha... Actually kalau tak larat nak habiskan one shot 5km, boleh sambung-sambung... Contoh harini 2km, esok 3km... Boleh jer! Cuma tak feel la kan... Best kalau habis 5km terus! Hehe...
Selesai berlari, screenshot bukti larian korang, saya guna apps Fitbit. Yang tak guna smartwatch, guna apps kat phone pun boleh... Tapi masa berlari kena la korang bawak phone tu dalam poket ke apa ke, kalau tak camne lak apps tu nak detect larian korang kannn... Haha... Screenshot tu perlu dihantar ke link yang akan diberikan setelah mendaftar. Selain screenshot, ada beberapa butiran juga korang perlu masukkan termasuk nombor bib. Korang akan dapat nombor bib masa daftar. Saya hantar screenshot pada pertengahan bulan Julai. Dapat email pengesahan pada 1 Ogos memaklumkan mereka dah terima rekod larian saya. 11 Ogos, saya terima kit larian saya yang di pos ke rumah... T-shirt, medal... Yay!~
Kelebihan Virtual Run
๐ Semangat nak berlari sebab ada motivasi tshirt dan medal tu... Tshirt dia cantik weiii...
๐Boleh lari bila-bila masa, di mana-mana sahaja. Tak macam larian yang lain, korang terpaksa bersesak ramai-ramai kat satu-satu lokasi pada masa yang ditetapkan.
๐Untuk yang malas nak lari kat luar, boleh lari kat atas treadmill je... atau kalau kawasan rumah besar, boleh lari kat dalam kawasan rumah jer...
๐ Dapat t-shirt cun, medal comel... e-cert bukti penyertaan kita.
Kekurangan Virtual Run
❌ Kena bayar untuk berlari. Harga agak mahal. Hanya kerana tshirt... medal... Kalau korang tak perlukan tshirt & medal, lebih jimat lari sendiri jer... Tak kisah la 5km ke 4km 10 km ke... Lari je kan free... Pegi la mana-mana taman, haaa lari!
❌ Lepas pendaftaran, kena alert sendiri yang korang kena berlari... Berkemungkinan boleh lupa sebab tempoh pendaftaran lama... Sebulan macam tu. Saya sendiri hampir terlupa haritu, maklum la daftar hari pertama... 1 Jun... ๐ Nasib baik tak terlepas tarikh 31 Julai... Kalau terlepas memang tak dapat la nak claim t-shirt & medal tu.
Macam mana? Ada rasa nak berlari tak? Hahaha... Pendapat saya, nak bersukan tak semestinya kena berhabis banyak... Kalau rasa nak berlari, pegi je kat mana-mana taman tasik, lari je... FREE! Sekali sekala nak Virtual Run ni ok la, kecuali kalau korang memang suka kumpul tshirt & medal... Okay la... Berbaloi bayar mahal-mahal... Apa pun, terpulang kepada anda! Yeahhh!~
Nota kaki: Apa yang keluar dari mulutmu adalah tanggungjawabmu. Apa yang keluar dari mulut orang lain adalah tanggung jawab mereka.
No comments:
Post a Comment