Cara Menghantar Email Auto Delete - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Thursday, 10 September 2020

Cara Menghantar Email Auto Delete

 


Hai korang! Assalamualaikum...


Aduiiii... Lama juga rasanya tak menulis. Ada banyak je benda nak dikongsi cuma mood sedang ke laut China Selatan... Hahahha... Takde mood nak menulis. Itu masalahnya... Idea membuak-buak, banyak ilmu yang saya dapat seminggu dua  ni, cuma nak siapkan post macam hmmm... 😑


Okay, hari ni saya nak share ilmu bagaimana korang sebenarnya boleh setting limit kepada penerima email. Yes! Set limit di mana mereka tak boleh copy paste, forward, copy, print dan download dokumen yang dihantar. Selain itu, email yang dihantar itu juga akan terpadam dengan sendiri! Menarik kann? Hahahahah... Benda ni bagus untuk share maklumat sulit, data ke password ke apa ke... Fungsi Confidential Mode ni dah lama dah ada since 2018 kalau tak silap... cuma sekarang ni semua orang dah boleh menggunakannya. 


Selain menggunakan setting sedia ada, penghantar email juga boleh memadam email yang dihantar pada bila-bila masa. Setelah email dipadam, penerima email tak boleh akses lagi email yang dihantar tu... Baiklah, jom rujuk tutorial di bawah ini... 


✅ CARA MENGHANTAR EMAIL AUTO DELETE DALAM CONFIDENTIAL MODE 


1) Buka Gmail di laptop.


2) Klik butang COMPOSE. 


3) Pada menu, klik butang jam & kunci (Rujuk gambar di bawah) untuk mengaktifkan fungsi Confidential Mode.


4) Buat tetapan EXPIRY. Tetapan ini akan menghadkan waktu email boleh dibaca. Kalau set sehari je, maksudnya sehari je la penerima boleh baca email tu... (Rujuk gambar di bawah)


5) Abaikan tentang PASSCODE tu. Klik butang SAVE.




Penerima email akan menerima email seperti ini. Lihat contoh dalam gambar dibawah... 




✅ CARA MEMADAM EMAIL YANG TELAH DIHANTAR


Sekiranya penghantar email ingin memadam email berkenaan, buka Gmail - pergi ke menu SENT - Buka email yang dihantar tu - Klik pada REMOVE ACCESS




Setelah itu, penerima email tidak boleh lagi membuka email yang diterima. Error seperti dalam gambar dibawah akan terpapar. EMAIL HAS EXPIRED.


Yang menariknya, fungsi Confidential Mode ni bukan sahaja kita sebagai penghantar email boleh delete email yang telah dihantar malah penerima email juga tidak diberikan akses untuk download, forward, copy paste, print email yang dihantar. Namun begitu, fungsi screenshot masih lagi dibenarkan


Hah, apa lagi! Pegi ler try hantar email dengan mode confidential ni dengan kawan-kawan... Haha...


Okay gais... Semoga ilmu yang dikongsikan ini bermanfaat. Jangan lupa share dengan rakan-rakan yang lain. Sama-sama kita cari ganjaran akhirat berkongsi ilmu yang baik-baik hokayy... Doakan saya untuk terus rajin dan gigih menulis ya... Take care, babai!~


Nota kaki :  Mereka yang berdiri setelah badai tak akan terusik oleh gerimis.

1 comment:

  1. Macam mana nak remove emel yg tersilap hantar? Selepas sebulan dua bulan macam tu

    ReplyDelete