Assalamualaikum gais!
Hai semua... Apa khabar? Saya agak sibuk minggu ni tapi takpe, saya tetap nak berkongsikan cara mudah untuk menyemak latihan murid. Menyemak buku kalau dah banyak-banyak tu mungkin agak memeningkan jugak kan... Kalau dapat kelas ok takpe lah... Kalau dapat murid yang menulis pun tak berapa reti, fuhhhh... Memang kena sabar banyak.
Saya memang suka mengajar tahap 1... Sangat suka. Sebab murid tahap 1 ni kita boleh bentuk sahsiah dia mengikut acuan kita. Selain itu kita boleh nampak progress mereka from zero to hero. Kalau mengajar tahun 1, dari tak tau... sampailah mereka pandai. Allahuakbar. Seronok tak terkata. Okay ni antara tips yang ingin saya kongsikan untuk memudahkan guru menyemak buku latihan. Tak kiralah tahap 1 ke tahap 2 ke, boleh jer cuba tips ni...
📕 Penggunaan warna untuk menulis jawapan (isi tempat kosong)
Saya galakkan murid-murid menulis jawapan menggunakan pensel warna terutama untuk soalan berbentuk isi tempat kosong. Atau pun boleh minta gariskan jawapan mereka menggunakan warna. Elakkan menggunakan warna kuning, merah dan hitam. Kuning tu sebab tak berapa nampak, merah tak sesuai sebab kita pun menyemak guna pen merah... Jadi kalau ada pembetulan yang cikgu nak ditulis, overlapped pulak dengan jawapan yang dah ditulis murid tu... Hitam sebab warnanya lebih kurang sama dengan pensel...
Kenapa?
Okay, ini kerana bila murid tulis guna warna, mata kita secara automatik akan tertarik kepada warna-warna tu. Jadi, kita boleh fokus kepada jawapan murid dengan lebih cepat. Dah settle semak jawapan, baru lah mata fokus line by line untuk semak apa yang disalin betul ke salah... Betulkan yang salah. Siap!
📗 Penggunaan warna untuk aktiviti suai (matching)
Yang ni korang tentukan sendiri warna yang dikehendaki. Contohnya ada 6 soalan.
Soalan 1 - oren
Soalan 2 - biru
Soalan 3 - hijau
Soalan 4 - pink
Soalan 5 - coklat
Soalan 6 - kuning
Murid jawab bersama-sama. Soalan 1, semua murid akan gunakan warna oren dan suaikan kepada jawapan yang betul. Sehinggalah habis kesemua soalan. Masa nak semak, kita akan nampak jawapan dengan mudah sebab semua jawapan murid mostly sama. Kejap je dah boleh perasan kalau ada murid yang tersalah suai... Itulah peranan warna. Gituhhh...
Tengok murid ni tersalah suai, padam separuh jer yang nombor 4 tu... Haha... Murid tahun 1, murid ni agak lemah tetapi boleh mengikuti pelajaran dan arahan dengan agak baik. |
Penggunaan warna ni pada saya memang membantu memudahkan saya untuk detect jawapan murid dengan lebih cepat. Selain itu, galakkan murid menggunakan pelbagai warna, jadi buku pun nampak ceria, bewarna warni...
📘 Menggunakan nombor.
Ya, penggunaan nombor memang membantu untuk memudahkan kita guru-guru ni untuk menyemak jawapan dengan cepat. Untuk aktiviti menyuai terutamanya, Minta murid tuliskan nombor pada jawapan yang disuaikan tu. So, masa nak menyemak, kita hanya fokus kepada nombor. Tak perlu tengok garisan yang silang-menyilang kat tengah-tengah tu... Hehe...
📙 Menggunakan template Google Form.
Mencipta template untuk murid hantar jawapan sahaja di Google Form. Yang ni sesuai untuk soalan MCQ (pilihan jawapan). Bagi link kepada murid, minta murid jawab soalan dan taipkan jawapan dalam Google Form yang telah dibina. Terpulang samada nak setting jawapan siap-siap kat Google Form tu, jadi murid jawab akan terus dapat jawapan betul ke salah ke... Atau... Boleh gunakan Add On Flubaroo untuk semak jawapan murid.
Murid akan lihat soalan dari buku/lembaran.. hanya jawapan dimasukkan dalam google form yang disediakan.
Gunakan SHORT ANSWER untuk membolehkan murid-murid menaip jawapan A, B, C atau D dalam column tu nanti... 😁
Okay gais... Rasanya setakat ni jer yang dapat saya kongsikan. Kalau cikgu-cikgu ada idea lain, boleh share dengan saya juga ya... Lebih banyak idea, lebih banyak baik sebab rasanya semua guru nak memudahkan kerja masing-masing... Kan! Hehe... Semoga kita sentiasa dalam lindungan dan kasih sayang Allah SWT. Take care... Bye!~
Nota kaki : Jangan pernah merobohkan pagar tanpa mengetahui mengapa ia didirikan. Jangan pernah mengabaikan tuntutan kebaikan tanpa mengetahui keburukkan yang kemudian anda dapat.
No comments:
Post a Comment