Assalamualaikum gais!
Hai semua... Apa khabar? Rasanya ramai di antara kita sekarang ni tengah sibuk mengisi data Job Description (JD) dalam HRMIS. Ada ramai yang dah siap dan ada juga yang baru nak mula mengisi. Sayalah antara yang baru nak bermula tu... Alhamdulillah, malam tadi sempat saya selesaikan untuk Gred terkini.
Okay, sempatlah juga saya screenshot untuk jadikan tutorial ringkas. Diharapkan tutorial ni membantulah... InsyaAllah... Jangan khuatir jangan risau, benda ni tak la susah mana pun, cuma ia memerlukan sedikit kesabaran dimana kita perlu melakukan kerja-kerja Copy, Paste dan sedikit editing. Jadi, janganlah stress ya... Pelan-pelan kayuh, pasti siap! 😄
Sebelum mula mengisi JD, saya ingin berkongsikan sedikit TIPS untuk memudahkan korang mengisi Job Description (JD) ni dalam HRMIS. Antara tipsnya adalah :-
✅ Zoom out untuk mengecilkan sedikit saiz paparan skrin anda. Ini kerana, ada laptop yang tak boleh nak paparkan keseluruhan butang-butang penting yang berada di bahagian bawah.
✅ Gunakan kekunci CTRL+C untuk menyalin (copy) teks dari manual yang diberikan.
✅Gunakan kekunci CTRL+V untuk paste teks yang di salin ke dalam ruang kotak dalam sistem HRMIS.
✅ Pastikan anda telah memuat turun manual Job Description (JD) yang diberikan untuk memudahkan proses kerja Copy/Paste. Boleh muat turun manual di link ini... http://tinyurl.com/ycxv5wjd
✅Mulakan dengan mengisi mengikut gred semasa anda. Kemudian anda boleh SALIN untuk gred hakiki yang lebih rendah. Edit serba sedikit berpandukan manual... Siap. Jadi, dapatlah kita menjimatkan masa, gunakan fungsi SALIN jer...
PANDUAN MENGISI DESKRIPSI TUGAS (JD) DALAM HRMIS
1) Sila ke laman https://hrmis2.eghrmis.gov.my/HRMISNET/Common/Main/Login.aspx
2) Log masuk
3) Klik pada menu DATA PERJAWATAN - DESKRIPSI TUGAS
Gunakan fungsi SALIN untuk menyalin semua akauntabiliti JD ni ke Gred-gred yang lain... Contohnya macam saya, kena buat untuk semua gred dari 29-54... SALIN & EDIT sesikit. Yang lain-lain, ikut arahan pentadbir korang macam mana yer...
Saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan (Teacher Fiza, Kak Ling, Kak Jiha, Teacher Ayu, Kak Nik, Teacher Yanti, Teacher Emy, Teacher Izzul dll geng GST) yang membantu saya untuk memahami tentang JD ni malam tadi. Jasamu dikenang, gaisss! 💗 Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu rakan-rakan guru yang lain untuk mengisi JD dengan baik... Share sekiranya bermanfaat.
Boleh rujuk video panduan oleh Cikgu Mohd. Ariff Bin Badarudin.
Yang ni pulak Deskripsi Tugas Guru yang telah dimasukkan dalam lembaran sheets. Lebih mudah untuk di copy sebab cikgu Ariff dah tolong pecah-pecahkan ayat mengikut ruang tertentu. https://bit.ly/2Sb25ux
Take care, gais! Assalamualaikum... XOXO
Nota kaki : Dan jangan biarkan kesalahfahaman itu membuatkan engkau menyesal.
Slm cikgu, kena isi utk semua gred atau gred semasa saja?
ReplyDeleteWaalaikumussalam. Ikut arahan sekolah cikgu...
ReplyDeleteSalah isi tapi dah hantar holeh kah edit balik
ReplyDeletesalam..saya dg48. kena isi dg48 dulu, baru salin ke gred2 lebih rendah. betul ke?
ReplyDeletemaksudnya perlu isi gred terkini dan kebawah? bukan semua gred contoh guru sekarang dg44 perlu isi sehingga dg52?
ReplyDeleteKalau yang DG32 kena ambil copy yang DG41 juga ke?
ReplyDeletebagi pentadbir kena isi JD jawtan sahaja (cth PKP ) atau kena isi juga JD PdP
ReplyDeletecikgu..yg pengalaman tu..isi semasa je kan..ke utk semua gred kita kana isi
ReplyDeleteterima kasih cgu untuk penerangan yang banyak membantu
ReplyDeletetq :)
ReplyDeleteKalau dah isi dan hantar tp tersilap tulis mcm ne ye..😔😔😔
ReplyDeleteboleh edit atau padam yang sudah hantar...?
ReplyDeleteTerima kasih Cikgu Raihan. Dah berjaya isi dengan panduan ni.
ReplyDeleteAssalamualaikum puan..mcm Mana nak betulkan semula kesilapan dlm pengesahan
ReplyDeleteSY PUN TERALAH ISI TP DH TERSEND..MADACARA LAIN TAK
ReplyDeleteapa ye nak type kat bahagian pengalaman.
ReplyDelete