Hai semua. Assalamualaikum... Alhamdulillah, semalam saya telah diberikan peluang untuk menjadi salah seorang panel untuk berkongsi dengan rakan-rakan guru Bahasa Melayu Sekolah Menengah Rendah, daerah Kinta Utara tentang PAK21. Antara tajuk yang dikongsikan adalah Project Based Learning (PBL), Flipped Classroom dan Blended Learning. Saya telah berkongsi tentang Flipped Classroom manakala dua orang guru iaitu Cikgu Aishah dari SMK Raja Permaisuri Bainun dan Cikgu Mohana Ram dari Methodist Girl's School Ipoh masing-masing membentangkan tentang PBL dan Blended Learning (Pembelajaran Teradun).
Bengkel selama satu hari berjalan lancar dengan jayanya. Dari pagi sampai ke petang... Bagus betul guru-guru BM ni, rasanya ini pertama kali saya mendapat crowd yang sangat senyap dan sangat memberi tumpuan ketika berbengkel. Hehe... Syabas, cikgu!
Banyak juga yang saya perolehi dari bengkel ini, antaranya ilmu tentang Project Based Learning. Memang mantap pembentangan Cikgu Aishah... Walaupun saya merupakan salah seorang panel pada hari tersebut, namun ilmu yang dikongsikan oleh rakan-rakan guru yang lain juga sangat membantu untuk saya sendiri membaiki kaedah PdP saya pada masa akan datang. Pada saya, bengkel seperti ini bukan sahaja membantu guru-guru mendapatkan ilmu, malah dapat menjadi medan perkongsian, kita dapat tengok hasil kerja murid-murid mereka, dapat lihat bagaimana mereka menjalankan PdP menerusi rakaman video dan gambar-gambar serta idea-idea yang dikongsikan oleh panel dan peserta. Alhamdulillah...
Antara guru-guru yang berkongsi idea kreatif PdP. |
Saya harap PPD akan buat lagi bengkel seperti ini pada masa akan... Bukan apa, tak semua guru jelas tentang kaedah-kaedah seperti PBL, Flipped Classroom dan Blended Learning ni. Bagi saya, guru-guru yang terpilih untuk menghadiri bengkel ni memang sangat bertuah, dapat belajar sesuatu yang boleh dibawa balik ke sekolah untuk diaplikasikan bersama murid-murid.
Tahniah kepada pegawai-pegawai PPD yang bertungkus lumus merancang dan menjalankan bengkel ini... Dengan bengkel seperti ini diharapkan dapat membantu guru-guru meningkatkan tahap kesediaan mereka dalam menjalankan kaedah-kaedah tersebut bersama murid di sekolah... 😁
Nota kaki : Orang hebat bisa melahirkan beberapa karya bermutu tetapi guru yang bermutu dapat melahirkan ribuan orang yang hebat.
No comments:
Post a Comment