Assalamualaikum semua...
Korang apa khabar? Dua tiga hari ni, kes Covid19 dah spike mencanak-canak naik, harap semua okay ya... Kurang-kurangkanlah aktiviti di luar rumah. Kalau boleh buat sementara waktu ni duduk je lepak dalam rumah, terutama bagi golongan yang berisiko... Saya doakan kita semua sentiasa dalam lindungan Allah SWT dan terpelihara dari bahaya Covid19 ni... Doakan saya juga ya... Aamiin...
Baiklah, hari ni saya nak sambung berkongsi tentang Flipped Classroom. Haritu saya dah share tentang Flipped Classroom sebab saya nampak bahan-bahan tentang Flipped Classroom ni sangat terhad di negara kita. So, saya ambil kesempatan untuk berkongsi ilmu yang ada sedikit ni dengan korang semua. Moga-moga ianya bermanfaat dan dapat menjadi saham akhirat saya nanti insyaAllah...
Jemput baca artikel saya yang terdahulu APA ITU FLIP CLASSROOM?
Aktiviti Flipped Classroom di Rumah VS di Sekolah
Apa yang mungkin murid buat di rumah?
✅ Mendengar Podcasts
✅ Membaca artikel (Buku/Blog/ebook/dll)
✅ Menjawab kuiz / online games
✅ Forum
✅ Diskusi atas talian bersama rakan-rakan (GC/WA/Telegram/etc)
✅ Membuat carian maklumat (Research)
✅ Mencatat point penting / peta minda
✅ Lain-lain aktiviti yang sesuai
Aktiviti ini juga boleh dijalankan di mana-mana sahaja asalkan ianya berlaku di luar waktu PdP. It can be kat perpustakaan ke, restoran ke, dalam group Whatsapp ke... so, tak semestinya di rumah sahaja. Anywhere.
Apa yang mungkin murid buat semasa di sekolah/kelas?
Update 11/11/2020... memandangkan sekarang ni semua murid & guru menjalankan PDPR, jadi.. mungkin ada aktiviti di bawah ni yang boleh murid laksanakan semasa perjumpaan bersemuka (Google Meet). What do you think? 😄
✅ Pembentangan
✅ Persembahan
✅ Kerja Kumpulan
✅ Kerja Berpasangan / Peer reviewing
✅ Penyelesaian masalah
✅ Menjawab soalan
✅ Menjalankan eksperimen dengan lebih teliti & terperinci
✅ Perbahasan / Debate
✅ Projek
✅ Lakonan
✅ Deklamasi sajak / syair /pantun
✅ Bercerita
✅ Dan lain-lain aktiviti yang difikirkan sesuai
Yang paling penting aktiviti di rumah & di sekolah mesti synchronize ye.. mesti related. Jangan plak buat tajuk lain di rumah, kat sekolah cikgu suruh murid present benda lain... Hehe... Aktiviti mesti related dengan tajuk yang akan diajar di kelas...
Sekian sahaja perkongsian kali ini... Semoga perkongsian ini bermanfaat dan dapat membantu rakan-rakan guru untuk mendapatkan idea aktiviti untuk dijalankan bersama murid nanti... Kalau cikgu ada pandangan atau idea lain, mohon cadangkan di ruangan komen... Saya juga nak belajar dari cikgu-cikgu... Mungkin idea kita berbeza tapi matlamat kita tetap sama... Mendidik anak bangsa dengan sepenuh jiwa & raga. Hehe... Okay, Take care, gais! Assalamualaikum...
Nota kaki : Sahabat adalah orang yang selalu menunjukkan kebenaran, BUKAN yang selalu membenarkan.
tq puan Raihan for your sharing.Hope u'll be blessed with good health and always happy :).I need to know more about this flipped classroom as I was suggested from one of my DELO to construct this during CMCO lesson.Do you have any ideas on how to conduct this online.Can the students present using google meet or any other ways ?
ReplyDelete