Assalamualaikum..
Halluuuu people! Hari ni saya nak buat perkongsian tentang cara mudah untuk membuat header Google Form menggunakan Power Point. Saya memang suka 'bermain-main' dengan Power Point... Bagi saya Power Point ni agak mudah nak digunakan, dan boleh dikatakan apps ni available kat semua komputer. Hihi...
Bosan pulak tengok header sama je kat Google Form tu... Jadi hari ni saya create satu header untuk kegunaan kuiz kelas saya... Saja je, ni pun salah satu cara nak tarik minat murid kan... Ada letak cartoon, letak warna-warni sikit... Nampak macam lain dari yang lain... Barulah indah mata menatap kuiz Google Form tu nanti... Hahahah...
Lepas ni kalau nak buat Google Form untuk sekolah ke, panitia ke.. Boleh la letak logo rasmi, letak lencana sekolah ke... Kasi WOW sikit form korang tu... Gituhh...
Okay, caranya mudah saja... 4 steps je pun... Korang kena try tau! Sebab mudah sangat...
CARA MEMBUAT HEADER GOOGLE FORM DENGAN POWER POINT
1) BUAT TEMPLATE - Buka aplikasi Power Point di laptop... Ya, saya suka buat editing kat laptop... Lebih mudah...
Okay lepas tu terus pergi ke menu DESIGN - SLIDE SIZE - Tukar saiz dulu mengikut saya yang betul untuk header Google Form iaitu :-
Width : 42.33 cm
Length : 10.58 cm
Ukuran ni memang tepat, tak perlu nak di crop bagai dah... ngam ngam jer... TAPI... macam biasa, ICT ni sentiasa berubah dari masa ke masa tau. So, one day nanti bila Google dah update apps dia, mungkin ukuran ni berubah... Jangan marah saya pulak... Sentiasa rujuk tarikh post saya ditulis okay... Saya cerita pasal sekarang. NOW! Yeah I mean NOWWWW! 😂
2) EDITING - Klik Menu INSERT - WORD ART... Korang letak lah wording apa korang nak... Pilih Font yang cantik-cantik... Pada Menu yang sama, klik PICTURE... Haaa... apa lagi, masukkan gambar yang ada dari laptop korang atau boleh search kat web je... Pilih la gambar kartun ke logo ke apa-apa je... atau nak letak muka korang sendiri pun boleh jer... Takde sapa nak marah! Kannn... Haha...
3) SAVE - Dah siap edit mengedit header korang tu, boleh klik SAVE AS - taipkan FILE NAME - pilih JPEG FILE
4) Dah settle buat Header, tibalah masanya untuk kita letakkan di Google Form kita... Yeaahhh... Bukak Google Form... Tak kisah la Google Form yang baru ke atau pun yang memang dah sedia ada ke... Kemudian, pegi kat CUSTOMIZE THEME - HEADER - UPLOAD IMAGE - UPLOAD la header yang korang dah cipta tadi... Siappp!~
Ni contoh paparan pada telefon... 😁
Macam mana? Senang je kan? Okay, sekian sahaja perkongsian untuk hari ini... Semoga perkongsian ini bermanfaat, dapat sedikit sebanyak menarik minat murid-murid korang untuk menjawab kuiz... Maklum la belajar jarak jauh ni faham-faham je la... Selain itu juga, dengan adanya header yang cantik, dapat mengekalkan identiti rasmi organisasi, tak gitu? Hehe...
Hokayy gais! Take care, semua... Jaga diri, jaga keluarga... Jangan lupa doakan keselamatan, kesejahteraan dan kesihatan buat saya ya... Doakan lebih banyak ilham datang untuk saya menulis membuat perkongsian dengan korang semua... Semoga doa kalian yang baik-baik tu akan kembali kepada kalian juga... InsyaAllah... Bye, gais! Assalamualaikum... 😁
Nota kaki : Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh tipu daya, dimana pendusta dipercayai, orang jujur didustakan, pengkhianat diberi amanah & orang yang amanah dikhianati. Kemudian akan berkata-katalah golongan al-Ruwaibhidhah. Baginda SAW ditanya : Siapakah golongan al-Ruwaibhidah ? maka baginda SAW menjawab : Orang yang bodoh lagi fasik berbicara (mengurus) berkaitan perkara umum yang besar”. - HR Ibn Majah
Terima kasih, atas ilmu yang dikongsi, sangat bermanfaat. Kalau buat video lebih senang nak subcribe
ReplyDeleteTerima kasih cikgu atas perkongsian ilmu...semoga dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki...
ReplyDeleteThanks for sharing.
ReplyDeleteTq teacher
ReplyDeleteTerima kasih cikgu, atas perkongsian ilmu.
ReplyDelete