Cara Merekod Skrin Laptop Paling Mudah - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Friday, 6 November 2020

Cara Merekod Skrin Laptop Paling Mudah


 Assalamualaikum gais...


Halluu... Korang sihat? Semua tengah sibuk tengok Belanjawan ke tu? Haha... Perak cuti hari ni, alhamdulillah... Dapatlah merehatkan diri 3 hari cuti direct ni. Syukur... Okay hari ni saya nak kongsikan cara untuk merekod skin paling mudah. Yang ni memang sesuai untuk beginner lah... Yang dah expert, korang boleh continue dengan kaedah yang korang dah biasa guna hokayy! 


Aplikasi RecordCast menawarkan fungsi merekod skrin dengan sangat mudah. Aplikasi ni termasuk sekali dengan fungsi video editing... So, maksudnya, setelah korang siap merakam skrin untuk PdP atau tutorial, bolehlah terus diedit untuk dimasukkan tajuk, teks, lagu dsb... 


Apa yang menarik tentang apps ni?


1) Percuma. Ya, untuk menghasilkan video PdP/simple tutorial... Sangat berbaloi... Tak perlu membazir beli apps yang mahal, cukup sekadar menggunakan apa yang ada, namun bila diolah dengan sedikit kreativiti, ia akan menjadi video PdP yang ohsem!


2) Aplikasi tidak perlu di download ke dalam laptop / phone. Buat kat web jer... Mudah!


3) Boleh pilih nak capture keseluruhan skrin atau skrin tertentu jer... 


4) Boleh diedit terus selepas merekod skrin kerana ada build in video editor yang disediakan. 2 in 1. 


5) Pantas & mudah digunakan. Sangat sesuai untuk beginner... 


6) Sesuai untuk mereka yang menggunakan perisian Microsoft Power Point versi lama. Sekarang ni ramai yang rakam skrin guna Power Point jer, tapi ada juga yang gunakan versi lama, takde fungsi merakam skrin... So, bolehlah guna aplikasi RecordCast ni... :)


7) Ada 2 cara nak edit video, pertama menggunakan recordcast.com jugak, kedua melalui perisian di dalam laptop... :)


Rekod Skrin Untuk Apa?


1) Menghasilkan video PdP yang berkesan. Rakam slides yang korang dah buat, Sambil tu boleh explain slide tu (rakam suara).


2) Untuk menghasilkan video tutorial. Kot nak ajar tentang menggunakan apps ke apa ke, boleh lah rekod skrin... 


Cara Merekod Skrin Paling Mudah Dengan RecordCast


1) Pergi ke laman www.recordcast.com


2)  Signup. Daftar Akaun (Boleh guna akaun Facebook / Google)



3) Klik butang START RECORDING.


4) Pilih AUDIO samada nak guna Mic atau tak nak... 



5) Pilih skrin yang nak dirakam. Pilih APPLICATION WINDOW untuk merakam skrin aplikasi tertentu sahaja.. Contohnya Power Point... klik SHARE



5) Bila rakaman dah bermula, kalau nak masukkan suara, bolehlah explain pada setiap slide...


6) Klik STOP SHARING untuk berhenti merakam. Bila dah STOP SHARING, secara automatik rakaman tu ada di web recordcast.com . Jadi, korang boleh proceed untuk edit video tu pulak... Klik pada EDIT THIS SCREENCAST NOW. Atau nak rekod semula, boleh klik pada RE-RECORD



7) Boleh mula mengedit video. Masukkan teks, tajuk, lagu dll...



8) Setelah selesai, boleh SAVE atau pun EXPORT video untuk download. Dah siap semua, apa lagi... Share la video tu dengan murid korang... Hehe...


**Setelah STOP SHARING, video rakaman skrin akan terdownload dalam laptop secara automatik. Jadi, korang boleh gunakan video yang dah termuat turun di laptop korang tu, edit menggunakan perisian komputer yang lain misalnya Filmora dll. Ada 2 cara nak edit, pertama menggunakan recordcast.com jugak, kedua melalui perisian di dalam laptop ehh... :)


Kalau korang guna Ipad atau Iphone, nak rakam skrin Ipad/Iphone lagi mudah... Klik kat post ni... Saya pernah share tentang ni dulu... CARA MERAKAM SKRIN IPHONE/IPAD


Okay gais, macam mana? Mudah tak? Okay, Dah boleh dah buat video banyak-banyak lepas ni hokay! Gunakan jer slide-slide yang pernah korang buat sebelum ni... Atau buat slide baru pun ok jugak... Take care, gais. Semoga selamat semuanya, aamiin... 


Nota kaki : Ketika ketulusan dipertanyakan, di saat itulah kesungguhan harus dibuktikan, bukan dengan ucapan, melainkan oleh tindakan.

3 comments:

  1. Terima kasih byk2 puan...byk ilmu yg saya dpt drp puan..step yang mudah dan jelas...terbaikkkkk

    ReplyDelete
  2. terima kasih puan. moga dipermudahkan urusan puan.

    ReplyDelete