Assalamualaikum semua...
Berpeluh sista! Hari ni cikgu-cikgu Lily bukak kelas kat Telegram. Terpaksa la join, nanti ketinggalan pulak dia kan... Lagi pun nak hantar tugasan kat situ. So, nak tak nak, kena masuk group... Bagus juga group asing-asing macam tu... Senang cikgu nak kumpul bahan murid.. Evidens... Bukti telah menjalankan PdPR dengan jayanya... Syabas, cikgu!
Okay, since banyak group untuk saya sertai, jadi saya terpaksa asingkan mengikut kategori... Lily punya dan saya punya... Senang saya nak tengok nanti... Jadi, kalau korang ada 3-4 anak yang guna Telegram, boleh buat macam ni jugak... Senang!
Cara-Cara Mengasingkan Group Telegram Peribadi & Anak
1) Buka aplikasi TELEGRAM
2) Pergi ke SETTING
3) Klik pada CHAT FOLDERS
4) Klik CREATE NEW FOLDER
5) Masukkan nama Anak / apa-apa nama untuk LABELKAN folder tersebut...
6) Di ruangan INCLUDED CHAT, klik butang tambah ADD CHATS
7) Pilih semua GROUP SUBJEK anak-anak
8) Klik butang CREATE
9) Ulang buat untuk anak yang lain pulak...
Lepas dah kumpulkan dan label ikut nama dalam Folder, mudah kita nak rujuk tugasan anak yang mana satu yang nak di buat.. InsyaAllah...
Notifikasi akan keluar macam tu... Jadi mudah kita nak rujuk kerja sekolah anak-anak... :) |
Sekian sahaja perkongsian ringkas untuk hari ini... Semoga semuanya baik-baik sahaja ya. Doakan keselamatan, kesihatan dan kebahagiaan buat saya... Take care, semua. Assalamualaikum...
Nota kaki : Jangan melihat hujan dari apa yang jatuh, sebaliknya lihatlah apa yang akan tumbuh.
No comments:
Post a Comment