Assalamualaikum semua...
Alhamdulillah... Cuti hujung minggu kali ini dapat saya manfaatkan untuk menulis blog. Tadi, saya ber blogwalking... Antara yang saya baca adalah tentang urutan. Yes, tentang cara mengurut diri sendiri... Haha. Sejak Covid19 melanda, memang saya dah tak panggil tukang urut untuk mengurut lagi... Redha jer... Urut sendiri jer... Haha... Okay la ilmu yang saya dapat sikit-sikit menerusi pembacaan, mungkin sedikit sebanyak membantu saya untuk mengurut bahagian badan sendiri... Contohnya untuk mengurut kaki, perlu diurut dari bawah ke atas... Benda-benda teknikal macam ni la kita tak tau... Maklum ler, time orang mengurut kita tido... Hahaha...
Siapa yang nak baca, silakan... Heheehee...
http://diarijemari.blogspot.com/2013/02/mari-kita-urut-badan-sendiri.html
Selain itu juga, saya terjumpa pautan yang mengandungi beberapa e-book yang bagi saya sangat menarik untuk dibaca. Ebook yang bewarna-warni, mengandungi beratus-ratus mukasurat (204 mukasurat untuk edisi terkini) ini rasanya memang sesuai sangat untuk dijadikan bahan bacaan di kala dunia kita dilanda wabak Covid19. Ilmu untuk kita semua. Kandungan buku ini bukan sahaja berkisar tentang Fiqh tetapi juga meliputi tentang Corona Virus, Kronologi Penyakit Covid 19, Gejala & Komplikasi dan lain-lain lagi. Saya sangat-sangat bersyukur terjumpa e-book yang bermanfaat ni. Alhamdulillah...
E-book Soal Jawab Fiqh Covid-19 Bersama YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri ada dua. Mungkin kita boleh baca yang Edisi Terkini... Kedua-dua buku tersebut boleh didapati di laman web Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) https://mira.gov.my/buku/ Pengguna boleh pilih samada nak baca secara atas talian atau download buku dalam bentuk PDF. Buku ini PERCUMA. Silalah dapatkan ya... Rugi kalau tak membacanya.
Dan ada satu lagi buku yang menarik oleh YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri adalah Inilah Doaku. Boleh didapati di laman web yang sama https://mira.gov.my/buku/ Buku ini adalah himpunan doa yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Amatlah penting untuk kita melazimi bacaan doa kerana amalan berdoa cara kita umat Islan menzahirkan kebergantungan diri kita kepada Allah SWT.
KLIK UNTUK BACA E-BOOK INILAH DOAKU OLEH YB SENATOR DATUK DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI
Okay gais. Jom kita memperbanyakkan membaca untuk tambah ilmu di dada... Semoga perkongsian ini bermanfaat, take care! Babai...
Nota kaki : Setiap jasad tidaklah bisa terlepas dari yang namanya hasad. Namun orang yang berpenyakit hati, akan menampakkannya. Sedangkan orang yang mulia akan menyembunyikannya.
No comments:
Post a Comment