Assalamualaikum semua...
Hari ni saya share End of Year Exit Ticket dengan murid-murid tahun 4. Saya buat guna Google Form je... Sebab banyak juga soalan yang ditanya. Hehe... Rasanya aktiviti ni sesuai untuk murid-murid 10 tahun ke atas... Untuk Tahap 1, mungkin kena ubah soalan kepada yang lebih mudah lagi. Exit ticket ni bagus kalau dapat buat setiap kali habis lesson untuk menilai tahap penguasaan murid & PdP kita... Tapi yang ni versi hujung tahun ye... Overall katanya... Hehe...
Tujuan utama Exit Ticket ni adalah untuk menghargai setiap pendapat dan isi hati murid-murid saya. Gituhh... Yes, saya hargai pendapat murid saya. Sebagai guru, I do make mistakes. Itu lumrah manusia, tidak lari dari membuat kesilapan... Mungkin ada sesuatu yang saya boleh belajar dari murid-murid saya. Kan!
Tujuan kedua, End of Year Exit Ticket ni sangat membantu untuk guru-guru improve Pengajaran dan pembejaran pada masa akan datang. Seriuslah... Bila korang tengok respon murid korang, contohnya skill apa yang mereka paling suka, korang boleh rancang aktiviti yang lebih menarik untuk skill yang dorang kurang minat. Kalau ada respon negatif, macam mana? Okay je, redha... Bukan semua orang suka kita, walau kita dah buat yang terbaik. Penilaian Allah sahaja yang terbaik. Ambil sahaja pendapatnya, mungkin ada betulnya... Kita baiki je mana yang kurang, selebihnya berserah kepada Allah...
Ketiga, End of Year Exit Ticket ni adalah untuk menandakan yang kita sudah pun di penghujung kelas... Holiday is coming! Yeahh...
Keempat, melalui Exit Ticket ni korang akan lebih alert kehendak dan permintaan murid-murid. Nampak masalah mereka... Contoh boleh lihat pada soalan Self Evaluating (Penilaian kendiri). Di sini korang boleh nampak jawapan jujur dari murid-murid yang naif ni... Dorang jujur beritahu tahap mereka sekarang di mana. Jadi, next time, kalau korang masih mengajar kelas yang sama, korang dah boleh nampak aktiviti macam mana yang sesuai dengan aras murid korang... Kalau pindah pun, boleh jer bagi data kepada guru yang baru.
Dan yang ke lima... End of Year Exit Ticket ni membantu murid-murid untuk lebih yakin memberikan pendapat. Yelah, kadang-kadang kalau kat depan kita, mereka takut nak bercakap... Mungkin ada yang tak kena, tapi terpaksa diamkan... Takut kena marah. Takut cikgu tak suka... Sebab tu saya tak ambil nama mereka. Biar mereka jujur menulis. Ini lebih penting.
Bagi yang berminat nak menggunakan End of Year Exit Ticket ni, silakan make a copy ya... Cikgu-cikgu boleh edit soalan ikut kesesuaian. Saya memang buat dwibahasa, sebab saya nak kalau boleh semua murid saya faham soalan, jadi mereka boleh jawab dengan baik...
MAKE A COPY - END OF YEAR EXIT TICKET
Sekian sahaja perkongsian untuk hari ini. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk rakan-rakan guru yang lain. Doakan saya dapat memperbaiki lagi mutu pengajaran dan pembelajaran pada masa-masa akan datang... Aamiin...
Nota kaki : Rasa syukur akan menambahkan nikmat yang sedikit dan akan melipat gandakan sesuatu yang banyak.
No comments:
Post a Comment