Assalamualaikum...
Hai semua! Apa khabar? Saya doakan semua rakan-rakan saya sihat dan sentiasa dalam lindungan Allah SWT... Masing-masing sibuk ber PdPR kan. Syabas, semua! Hehe...
Saya pun minggu lepas macam nak pecah jugak kepala mencari idea nak laksanakan PdPR... Buat warming up activity jer... Minggu pertama kan... Lite-lite saja... Saya buat nota dalam bentuk comic kali ni... Lepas tu soalan kuiz di Google Form dan aktiviti ice breaking melalui voice chat, text atau tulis dalam buku dan snap gambar hantar ke dalam group... Minggu pertama walaupun aktiviti agak lite, tapi bab pengurusan memang jenuh ler sikit... Nak kumpulkan murid dalam group, aduiii... part ni yang kena sabar banyak. Dah la saya baru kat sekolah ni, tak kenal murid... Blur sekejap... Haha... Saya memang suka buat group sendiri sebab mudah untuk pantau kerja murid... disamping tu nak rekod PBD... jadi elok kalau semua hasil kerja terkumpul dalam satu group. Evidens...
Satu lagi, sekolah kami ada portal PdPR, jadi ibubapa yang tak sempat nak scroll group Whatsapp, boleh cari je tugasan anak-anak melalui portal... Portal dikendalikan oleh rakan saya, Cikgu Ayu Hartini... Bila dah upload bahan masuk dalam portal, dia punya perasaan lega tu Allah je yang tahu. Hahaha...
Comic tema Among Us... Haha... |
Sekolah baru, team baru... alhamdulillah... English teachers of SK Sungai Rokam, Ipoh, Perak |
Sedar tak sedar, telah hampir sebulan saya berkhidmat di sekolah baru... Sekejap je kan... Hehe.. Alhamdulillah. Sabtu lalu, sekolah saya telah mengadakan program lebih kurang orang putih kata 'Meet & Greet' gitu... Hihi... Semua guru dan ibubapa/murid-murid bersua muka secara atas talian. Apa yang saya nampak, aktiviti ni adalah merupakan aktiviti yang baik sebagai permulaan persekolahan. Ini lah masanya, masing-masing berkenalan... Guru-guru pun ambil kesempatan yang ada ni untuk menyampaikan pesanan dan motivate murid-murid untuk mengikuti sesi PdPR. Tak lama pun sesi tu, lebih kurang 45 minit - 1 jam je.
Guru Kelas Mengendalikan Sesi Google Meet
Sesi Google Meet dijalankan serentak jam 9 pagi. Semua guru kelas ambil peranan menjadi host untuk sesi Google Meet. So, setiap kelas ada link masing-masing. Guru-guru subjek, yang tak pegang kelas, telah diagih oleh pentadbir untuk mengikuti sesi Google Meet kelas-kelas tertentu. Bagi ibubapa yang mempunyai anak lebih dari seorang, mereka wakilkan suami, isteri, atau anak-anak tu sendiri kalau ada peranti lebih... Kalau tak cukup peranti, mereka masuk kat satu kelas je... Sebab intipatinya sama je, jadi masuk kat mana-mana pun memang cerita lebih kurang sama iaitu nak galakkan murid-murid ni PdPR. Thank you, Cikgu Mahani kerana membantu untuk sesi Google Meet kelas 6 Cemerlang. 😁
Cikgu Mahani, saya & Cikgu Yat |
Sesi Live Streaming Bersama Ibubapa Tahun 1 SK Sungai Rokam
Syukur alhamdulillah Allah izinkan... First time Sabtu lalu saya mengendalikan live streaming. Tak pernah lagi sebelum ni... Maklumlah, saya sendiri pun tak pernah buat sesi live, jadi memang takde pengalaman langsung. Hahaha... Ilmu pun kurang sangat-sangat bab ni... Kategori Newbie. Tapi bila Guru Besar beri tanggung jawab ni, saya cuba belajar jugalah... Dapat la 3-4 jam study pasal benda baru ni... Alhamdulillah. 😇 Idea Guru Besar untuk buat live streaming ni memang sangat baik, kena sangatlah dengan situasi sekarang ni... nak kurangkan sesi bersemuka kan... 😁
Gambar belakang tabir... Masing-masing dalam studio... Hehe... Orang kuat program... PK Petang, Puan Nor Afza dan emcee, Puan Suriati... |
Sesi Live Streaming Taklimat PdPR Guru-Guru SK Sungai Rokam
Setelah selesai sesi bersama ibubapa murid tahun 1, sambung pulak dengan sesi live streaming yang kedua iaitu Taklimat PdPR untuk semua guru SK Sungai Rokam yang disampaikan oleh tuan Guru Besar sendiri, Encik Ayub B. Don.
Thank you, Encik Ayub (GB), En. Azharri (PK1), En. Hishamudin (PK HEM), Puan Aida (PK Koko), Puan Nor Afza (PK Petang), Puan Norliza (PK Pend Khas), Puan Suriati (emcee program tahun 1), ustaz (untuk bacaan doa) atas segala tunjuk ajar & kerjasama yang diberikan sepanjang dalam studio pada hari kejadian dan hari sebelumnya... Kami siap training buat live tau... 😂
Tuan Guru Besar menyampaikan taklimat. |
Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada sahabat-sahabat yang sudi memberikan bimbingan kepada saya untuk belajar cara live streaming. Saya sangat hargai jasa baik, masa yang diluangkan, ilmu yang dicurahkan tanpa jemu... Thank you so much, sifu Kamal & Rizz... Banyak giler kot bertanya soalan kat dorang ni... Terima kasih banyak-banyak... Itu pun still ada buat mistake jugak di hari kejadian... Hukhukkk... Takpe, saya redha... saya belajar dari kesilapan... Huhu... Remember... Rome was not build in a day! Gituhhhh... Positifff... Positifff.... 😅💪💪
Nota kaki : Diantara kebaikan seseorang adalah meninggalkan apa-apa yang tidak bermanfaat untuknya. - H.R At Tirmidzi
No comments:
Post a Comment