Bengkel Kerja CIDS - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Monday, 18 January 2021

Bengkel Kerja CIDS



Assalamualaikum semua... 


Alhamdulillah... Seminggu selepas melapor diri di sekolah baru, dapat pulak panggilan ke Bengkel Kerja CIDS. Bengkel berlangsung selama 2 hari dari 8.30 pagi hingga 5.00 petang... Bila dapat offer untuk ke bengkel, saya terima sebab nak explore benda baru. Nak tengok jugak apa bendanya CIDS ni... Ni first time saya join bengkel CIDS.  


Since sekolah lama memang tak menggunakan CIDS sebelum ni, saya memang zero dengan sistem ni. Hahaha... Pergi ke bengkel memang niat nak belajar. Bengkel kerja ni melibatkan lebih kurang 15 orang jer yang terdiri dari beberapa orang pegawai JPN, PPD dan cikgu-cikgu... Mostly semuanya dah master CIDS, JU CIDS... Dapatlah jugak menimba ilmu sesikit dari dorang ni. Saya sejenis yang menuntut ilmu, kalau dapat 'surface' je pun saya dah sangat bersyukur. At least takde la tak tau langsung... Ada la pengetahuan sikit tentang CIDS ni... Cuma masih belum dapat ilmu yang mendalam lagi... 


Ini kerana, bengkel kerja ni melibatkan kerja-kerja teknikal dan pengenalan kepada features terbaru...  Pada masa yang sama, saya join team guru agama untuk masukkan DSKP Pendidikan Islam which is in Jawi dalam sistem... Banyak keja dorang, agak renyah, nak kena convert bagai, so saya bantu mereka ni siapkan untuk bahagian agama. So, bab-bab RPH, saya masih blur jugak lagi... Tak sempat lagi nak duduk explore CIDS ni... Sibuk sangat-sangat beberapa minggu ni. Huhu...


Ni antara yang sempat saya catat haritu... Ni catatan dari saya yang memang zero  tentang CIDS... Yang dah hebat pandai, mungkin notes ni takde apa sangat pun... Hehe... Bengkel dikendalikan oleh Encik Mt Sariman Bin Kassim, Pegawai Meja CIDS PPD Kinta Utara dan Dr. Ismail Md. Zain, pengasas CIDS.



✅ Semua Bahasa dah update… Bahasa Arab, BC, BT, BM, BI, Bahasa Perancis



✅ RPH dalam satu format sahaja untuk semua subjek… Standard



✅ Merancang PdP mengikut prinsip-prinsip instructional



✅ Akan di update ke versi 9, tapi tak ganggu versi 8 kebawah



✅ Digalakkan guna versi 9 – lebih mudah, kurang item, mengikut PdP abad 21, reka bentuk pengajaran, NOSS (TVET)



✅ Centre of Curriculum Redesign



✅ Akan mewujudkan Certified Trainer untuk CIDS



✅ DSKP – boleh muat naik sendiri



✅ Satu guru satu ID. Pergi sekolah mana pun, guna ID sama.



✅ Sekolah Kurang Murid (SKM) & Penjajaran boleh guna kaedah Pembelajaran Modular – Combine PdP tahun 2&3 misalnya... (antara tingkatan)



Boleh rujuk video oleh cikgu Syila dari SMK Tg. Rambutan...





✅ Isu Jawi – guna keyboard jawi UKM



Fungsi baru



✅ Video Corps



Boleh tonton video oleh Cikgu Syila dari SMK Tanjung Rambutan... Pantas kakak ni buat tutorial... Hihi... Thank you, kak Syila! 💗



✅ e-forum – macam site – guru boleh masuk bahan PdP termasuk text, link, video dll (buat macam blog)

 

Di bawah ni gambar saya bersama guru-guru hebat CIDS daerah Kinta Utara. Saya banyak menuntut ilmu dari mereka semasa bengkel tempoh hari. Alhamdulillah... Thank you, sista! Hehe... 


Kakak baju biru saya tak ingat nama... Haha... Adoii... Kak Sham dan yang baju merah, Cikgu Shila. 


Bersama Ustazah Intan Nor Shahifah dari SK Jalan Panglima Bukit Gantang.


Boleh subscribe Youtube Cikgu Syila... Ada banyak lagi video pendidikan yang lain kat channel Cikgu Syila....  https://youtube.com/c/CikguSyila


Sekian sahaja catatan saya untuk kali ini... Bye, gais! Take care... 💓


Nota kaki : Mereka yang berdiri setelah terhempas badai, tidak akan terusik oleh gerimis.

No comments:

Post a Comment