Assalamualaikum gais!
Post pertama untuk tahun 2021... Hihihi... Setiap hari cuaca sejuk, hujan je sekarang ni... Nak menulis pun rasa lemau... Bergulung dalam selimut, berhibernasi. Itu yang best... Haha... 😂
Kita telah pun masuk ke tahun 2021. Kenangan pada tahun 2020, akan kekal terpahat di ingatan. Terlalu banyak nikmat yang Allah kurniakan, malu pada Tuhan kerana kadang-kadang hati ini bersedih... Walhal bila diingat kembali, banyaknya nikmat yang Allah beri... Syukur Alhamdulillah... Jarang nak buat relfeksi, tapi oleh kerana tahun 2020 macam ada banyak kenangan, jadi kita catatkan di sini... Seronok jugak baca semula bila dah lama-lama nanti...
PKP
Yes, sejarah dalam hidup berkurung dalam rumah. Selama ni bebas sangat, sekali Corona datang... Hambikkk! Nak beli barang pun terpaksa beli online... Takut nak keluar. Boleh bayangkan tak, nak kena berebut slot untuk penghantaran barang... Keba booking slot untuk penghantaran ikan, ayam, apa semua... Haha... Bila diingatkan balik, memang akan menjadi suatu pengalaman hidup yang sangat bermakna.
Jujur saya katakan, PKP ni sedikit sebanyak memberi ruang untuk saya bonding dengan family. Nikmat dapat menikmati hari-hari bersama keluarga. Jarang dapat macam ni... Selalunya setiap hari masing-masing sibuk... Masa PKP tak kemana, memang di rumah jer... Jadi macam-macam skill dapat digilap dari memasak, mengurus rumah sampaikan saya mampu konsisten memasak bawa bekal ke sekolah setiap hari selepas PKP haritu sebab dah terbiasa memasak. Padahal sebelum PKP, memang selalu beli makanan kat kedai je... See! Haha...
Pengalaman juga bila menerima tetamu paling lama... Sepupu datang bercuti pada bulan Mac, kemudian terus stuck kat sini... Berbulan-bulan... Sian dia... Satu hal kena mengadap polis bila nak balik KL semula... Haha... Semua kenangan tu tak akan dapat dilupakan... Alhamdulillah... We survived!
Work From Home
Ahaa... Yang ni satu lagi pengalaman bermakna yang tak mungkin saya lupakan... Sejarah dalam pendidikan. Selalunya mengajar bersemuka, tiba-tiba bila sekolah terpaksa ditutup, nak tak nak terpaksa mengajar secara atas talian. Memang banyak sungguh pengalaman yang saya dapat masa ni... Seronok juga Work From Home. Hikmah berlakunya wabak Covid19 ni, semua guru lebih peka tentang pengajaran dan pembelajaran secara atas talian. Nampak?
WFH sedikit sebanyak membantu saya untuk berusaha 'reach' murid-murid saya walau dengan apa kaedah sekali pun. Nak kata stress tu tak la sangat, saya memang suka bereksplorasi... Try and error buat benda baru. Cuma nak menyedia bahan atas talian, nak menjalankan sesi PdP online, agak mencabar, tapi serius, menyeronokkan... Saya suka, saya suka! 😁
Menulis 125 artikel berkaitan ICT dan Pendidikan
Saya berjaya menulis 125 artikel berkaitan ICT dan Pendidikan dalam blog ini pada tahun 2020. Wow! Macam tak percaya... Bila diperhatikan saya banyak menulis semasa PKP haritu... Banyak jugak idea nak menulis. Mencurah-curah. Harap Allah izinkan saya menulis dan berkongsi lagi ilmu yang ada sehingga ke akhir hayat. Ni lah nikmat yang Allah beri kepada saya... Kadang diri ini selalu lupa untuk mensyukuri... Bukan mudah nak menulis artikel / tutorial... Bukan mudah nak kolaborasi dengan rakan guru / apps developer dari seluruh dunia... Alhamdulillah, Allah izinkan...
Pengalaman Menjadi Hakim Ko-Akademik (New Normal)
Tahun ni kebanyakkan pertandingan dijalankan secara atas talian. Merasa la nak judge poetry recitation untuk daerah, kena spend masa menonton video-video yang dihantar oleh murid yang bertanding sambil tu bagi markah... Pengalaman! 😆
My New Baby - Surface Pro 7
Semangat menulis punya pasal, kita upgrade terus Laptop... Haha... Dari Surface 3, sekarang ni kita try guna Surface Pro 7 pulak... Harap-harap boleh bertahan lama. Saya ni jarang nak upgrade peranti... Selalunya akan pakai sampai rosak jer... Hihi... Yang berminat nak mendapatkan Surface Pro 7 boleh baca Review.
Adopt Cheetah kat Zoo Negara
Seronok sangat dapat merealisasikan impian untuk adopt haiwan. Tercapai juga hajat... Hihi... Dapat adopt seekor anak Cheetah, Flash namanya... Yay!~
Kehilangan datuk saudara
Saya agak down bila dapat berita kehilangan datuk saudara dalam waktu PKPB tempoh hari menyebabkan saya tak dapat nak pergi menziarah arwah. Masa tu tak boleh nak merentas negeri. Naik kereta pun boleh berdua je masa tu... 😌 It's not easy, tapi yelah nak buat macam mana, saya redha dengan ketentuan Illahi dimana saya hanya mampu mendoakan dari jauh sahaja. Saya doakan roh Allahyarham Tok ditempatkan di kalangan hambaNya yang soleh dan beriman. Aamiin... 😢
Naik Pangkat DG44
Alhamdulillah September lalu, surat naik Gred 44 sampai ke sekolah. Setelah berbulan-bulan menanti... Syukur... Sampai juga surat rasmi akhirnya. Maklumlah PKP, semua jadi delay... Apa pun, dah level up, harap lepas ni boleh perform dengan lebih baik lagi... InsyaAllah...
Panjang perjalanan saya dalam dunia pendidikan ni... 16 tahun berkhidmat... Bermula dengan DG29-DG32-DG42 dan kini DG44. Alhamdulillah... Sudah ku harungi pahit getir dalam dunia pendidikan ini... Kahh... 😂
Walaupun tahun 2020 ni saya agak 'diam' tapi hakikatnya memang saya sibuk... sibuk bekerja di belakang tabir... WFH... semak kerja murid... Buat bahan PdP... blogging... bonding dengan family... Bina modul... buat kolaborasi dengan guru-guru lain / apps developer... Banyak aktiviti saya sebenarnya... Memang saya sibuk.
Anugerah Hari Guru Peringkat Negeri Perak (Kategori PdP Kreatif dan Inovatif Semasa PKP)
Perghhh... Yang ni memang tak sangka boleh dapat. Happy la jugak bila kerjabuat dihargai. Ada juga yang nampak kerja buat saya... Syukur, rezeki dari Allah... Alhamdulillah, begitulah kalau dah tertulis rezeki kita... takkan kemana! Bila tiba-tiba terpilih, fuhhhh... dia punya perasaan Allah je yang tau! Haha... Boleh baca post Raihan Jalaludin Dapat Anugerah Hari Guru
Top 10 HIP-FINCO Outstanding Teacher 2020 Peringkat Kebangsaan
Yang ini pun memang tak pernah saya duga nak dapat macam ni... Serius. Tak sangka boleh dapat... Alhamdulillah... Semoga rezeki saya terus dilapangkan setiap masa... Aamiin... Ya Allah... Boleh baca post Raihan Jalaludin Top 10 HIP-FINCO Outstanding Teacher 2020
Kucing Kesayangan Hilang 5 Hari
Hukkss... Kucing yang selalu menemani saya boleh pulak terjatuh dari peti ais... Mungkin kerana hentakan yang agak kuat, memang sampai hari ni dia jalan dengan kepala senget... Yelah, tinggi jugak peti ais tu... Dua hari lepas tu dia menghilangkan diri membuatkan tuan dia ni tak tentu arah... Sedih giler kott... Sampaikan saya usaha macam-macam... Alhamdulillah, after 5 days, dia balik... Syukur... Boleh baca post ni... Doa Barang Hilang
Modul Bahasa Inggeris Sekolah Rendah
Alhamdulillah Allah izinkan... Dalam tempoh kurang 10 hari, siap 7 set modul Bahasa Inggeris yang saya bina... Siap dijual dah pun... Hehe... Yayyyy!~ Terima kasih kepada rakan-rakan guru, ibubapa yang telah membeli modul saya... Semoga modul tersebut memberi manfaat kepada murid-murid. Aamiin...
Boleh baca di sini... Modul Bahasa Inggeris Sekolah Rendah
Berhijrah ke sekolah baru
Alhamdulillah, tahun 2021 saya sudah mula berkhidmat di sekolah baru. Meet new people. New place. Doakan saya dapat menyesuaikan diri dengan baik, boleh perform dengan cemerlang & dapat memberikan yang terbaik terutamanya untuk sekolah dan murid-murid... InsyaAllah... 😁
SEMANGAT! SEMANGATTT! YEAHHH...
Terima kasih ya Allah kerana memberikan hambamu ini kesihatan yang baik, rezeki yang tidak putus-putus, ilham serta kelapangan untuk saya menulis berkongsi ilmu sepanjang tahun 2020... Alhamdulillah.
Nota kaki : Jika kamu berbuat baik bererti kamu berbuat baik dengan dirimu sendiri dan jika kamu berbuat jahat, maka kejahatan itu bagi dirimu sendiri. - Al-Israq, ayat 7
No comments:
Post a Comment