Contoh Aktiviti PdP Atas Talian Bagi Tempoh 30 Minit - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Saturday, 13 February 2021

Contoh Aktiviti PdP Atas Talian Bagi Tempoh 30 Minit



Assalamualaikum semua...


Baru-baru ni ada seorang guru dari Brunei PM saya minta saya bantu untuk beri idea aktiviti PdP yang boleh dijalankan selama 30 minit secara atas talian. Saya ni tak la mahir setara mana, tapi bila orang minta tolong, saya usahakan jugalah untuk membantu. Tambahan pula, saya memang suka aktiviti fikir memikir ni... Hahaha... Alhamdulillah, dapatlah saya senaraikan beberapa contoh aktiviti yang boleh nak dibuat. 


Yelah, saya jadikan ini juga sebagai persediaan untuk diri sendiri. Mana lah tahu kot lepas ni ada jadual 30 minit jer... Kena prepare jugak, nanti tak la blur tak tau apa nak dibuat... Maklum la dalam situasi sekarang ni, macam-macam perubahan berlaku... Kejap macam ni, kejap macam tu. Kita sebagai pelaksana ni, kena akur je la nampaknya... Buat sehabis baik. InsyaAllah...


CONTOH AKTIVITI PdP ATAS TALIAN BAGI TEMPOH 30 MINIT


Sebelum cikgu menjalankan aktiviti, pastikan beri penerangan terlebih dahulu ya... Explain apa yang nak dibuat, explain tajuk pembelajaran, explain tentang isi pembelajaran... Bukan main tepek link je eh... Sebab sekarang ni dah masuk PdPR 2.0, jadi rasanya cikgu-cikgu pun dah tau kan... Tak boleh nak bagi link gitu jer.... Kena la explain sikit, communicate sikit dengan murid... Ada modul ke untuk dirujuk... Nanti karang korang kena kecam lagi... Haaa nakkk? Hahaha...


Aktiviti yang disenaraikan ni bolehlah pilih-pilih yang mana sesuai untuk dijalankan dimana-mana platform pilihan korang... Nak buat kat Google Classroom ke, nak buat kat Telegram ke, Whatsapp ke, mana-mana je... terpulanglah... 


✅ Hafazan surah pendek/doa - Murid send chat message/rakaman video

✅ Simulasi berwudhuk - Murid hantar rakaman video atau guru hantar rakaman (short clip)

✅ Perbincangan ringkas - Minta murid hantar chat message/text kalau dalam group Telegram/Whatsapp, atau boleh guna fungsi komen di media sosial yang lain. 

✅ Video youtube - Minta murid menonton video tentang tajuk pelajaran. Mungkin boleh minta murid buat sedikit catatan tentang video.

✅ Flipped classroom-murid tonton video sehari sebelum kelas, pada hari kelas, boleh bagi latihan minta murid jawab/bincang.

✅ Kuiz online

✅ Kuiz melalui Google Form - Siap-siap letak video dalam Google Form untuk murid-murid tonton sebelum menjawab kuiz.

✅ Online games - Quizizz, Wordwall dll

✅ Salin nota - Mungkin boleh beri dalam bentuk slide/PdF

✅ Tukar perkataan jawi-rumi

✅ Cari maksud perkataan

✅ Susun rukun solat dll

✅ Google meet -brainstorming ideas - Try guna jamboard

✅ Menyenaraikan

✅ Projek seperti buku skrap, pembentangan, peta minda dll

✅ Aktiviti Brainstorming - Mungkin boleh minta murid senaraikan kepentingan / kelebihan / kekurangan dll

✅ Voice Chat - Telegram - Boleh baca CONTOH AKTIVITI PDPR MENGGUNAKAN VOICE CHAT TELEGRAM

✅ Modul...Cuba letakkan semua maklumat pembelajaran dan pengajaran ada dalam modul.. gunakan 30 minit tu sebagai sesi penerangan.

Okay, sekian sahaja yang dapat saya kongsikan untuk hari ini... Semoga perkongsian ini bermanfaat. Sekiranya kalian ada idea lain, jemput catatkan di ruangan komen agar lebih ramai mendapat manfaat darinya... Jaga diri semua... ✌

Nota kaki : Memang sulit menjelaskan indahnya pelangi pada orang yang buta warna. 

No comments:

Post a Comment