Cara Nak Split Screen Untuk Papar 2 Aplikasi Serentak - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Wednesday, 17 March 2021

Cara Nak Split Screen Untuk Papar 2 Aplikasi Serentak


Assalamualaikum semua...


Hari ni saya nak kongsikan cara bagaimana untuk kita buat split screen di laptop hanya dengan menggunakan kekunci keyboard tertentu. Serius, memang sangat mudah terutama time kita nak semak data, salin nota, Google Meet dll... Kita boleh tengok kedua-dua skrin serentak dan boleh buat kerja di mana-mana paparan yang kita mahu... Saya guna Windows 10 ya...


CARA SPLIT SCREEN UNTUK PAPAR 2 APLIKASI SERENTAK


1) Buka aplikasi-aplikasi yang dikehendaki.

2) Pada kekunci keyboard, tekan butang WINDOWS & anak panah < 



3) Ulang sekali lagi.

3) Pilih paparan-paparan yang dikehendaki.

4) Dah ada 2 paparan di skrin.



Yang ini cara kedua... Boleh try cara ni juga ya...


1) Buka aplikasi-aplikasi yang dikehendaki.

2) Klik & drag area kosong atas sekali pada aplikasi ke hujung atas kiri skrin.

3) Drag sampai muncul saiz skrin yang kita kehendaki.

4) Pilih paparan-paparan yang dikehendaki.

5) Dua paparan aplikasi akan terpapar di skrin.




Mudah je kan? Hehe... Jangan lupa try hokay! Okay dah, jom sambung buat kerja... Take care, semua! Kita jaga kita... 


Nota kaki : Manusia dituakan oleh usia dan didewasakan oleh keadaan.

No comments:

Post a Comment