Cara Mengecilkan Saiz Fail Video (Compress) - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Sunday, 18 April 2021

Cara Mengecilkan Saiz Fail Video (Compress)


Assalamualaikum semua...


Apa khabar? Saya harap semua pembaca blog ni sihat sejahtera hendaknya. Okay, hari ini saya nak kongsikan satu lagi tips yang berguna untuk rakan-rakan guru. Cara untuk mengecilkan saiz fail video. Teknik ni sangat berguna untuk anda yang selalu berkongsi video menerusi Whatsapp/Telegram kepada murid-murid. 


Antara sebab mengapa mengecilkan saiz fail video dibuat adalah :-


1. Mengurangkan penggunaan data


2. Mempercepatkan proses muat turun (download) video. 


3. Mengurangkan penggunaan 'ruang' pada telefon.


Bila dah kecilkan saiz, dah di compress video tu, kuranglah sedikit guna data murid-murid untuk download video yang diberikan tu... Satu lagi kita tak tahu line murid macam mana, mungkin slow... Jadi, kalau saiz kecil, cepatlah sikit mereka dapat menonton video yang diberikan tu... Kapasiti telefon murid juga kita tak tahu kecil ke besar... Kalau telefon biasa-biasa, faham-faham je la... Pastinya saiz storan mereka kecil... Jadi, cara ni sedikit sebanyak akan membantu memudahkan murid kita untuk menonton video yang dikongsikan tu... Okay, jom tengok caranya bagaimana...


CARA MENGECILKAN SAIZ FAIL VIDEO (COMPRESS)


1) Pergi ke laman https://www.freeconvert.com/video-compressor


2) Pilih fail video yang hendak dikecilkan. 


3) Klik butang setting untuk buat tetapan. (Rujuk gambar 2, 3 & 4)


Gambar 1


4) Buat tetapan Compression Method - Pilih Target a file size (MB). 


Gambar 2


5) Cikgu tetapkan nak saiz apa... Kalau nak video tu saiz 5GB, kena taip 4GB kat kotak tu ya... Ini kerana, bila kita buat proses compress tu nanti, berkemungkinan kita tak dapat saiz tepat. Selalunya ada point-point... 


Gambar 3


6) Setelah selesai, boleh klik butang DOWNLOAD MP4  untuk muat turun video yang telah dikecilkan saiznya tu... Kemudian, boleh la dikongsikan dengan murid-murid menerusi Whatsapp / Telegram... 😀



Gambar 4


Sekian sahaja perkongsian hari ini. Semoga perkongsian ini bermanfaat & membantu sedikit sebanyak untuk memudahkan urusan rakan-rakan guru menjalankan PdP. Boleh baca post tentang Flipped Classroom. Untuk rakan-rakan guru yang mula berPdPR hari ni, good luck! Saya yakin rakan-rakan guru boleh menggunakan pengalaman lalu sebaiknya. InsyaAllah, saya doakan yang terbaik! Aamiin...


Nota kaki:  Doa yang tulus adalah kekuatan terbesar yang bisa menyelamatkan sesiapa pun, termasuk orang yang mendoakannya. 

1 comment: