EMOJI Scavenger Hunt - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Saturday, 1 May 2021

EMOJI Scavenger Hunt


Assalamualaikum semua...


Apa khabar semua? Setakat ni kesihatan saya semakin baik cuma belum la sihat sepenuhnya... Sesekali perut masih meragam, bloating berangin, muntah... Harap tak berulang lagi macam haritu... sakitnya Allah je yang tahu... macam nak terberanak... sampai trauma rasanya... 😢 Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa saya asbab dari kesakitan ini... Aamiin... 


Mohon doakan kesihatan saya ya sahabat semua... Doakan batu-batu karang dalam badan ni keluar dengan sendirinya... Saya memang seram bab-bab hospital ni... Sangat-sangat berharap Allah beri kesembuhan kepada saya... Never stop believing in hope because miracles happen everyday. InsyaAllah... 


Baiklah, hari ini saya nak kongsikan satu lagi ilmu yang bagi saya agak menarik untuk dicuba. Boleh try bersama keluarga. Nak try dengan murid-murid pun boleh, cuma mereka perlu ada peranti untuk main game ni. Mana yang bosan berkurung dalam rumah, takde aktiviti... boleh la cuba... Dengan bermain game ni, dapatlah bergerak sikit... Perlu bergerak nak mencari barang-barang yang disenaraikan dalam tempoh masa yang di tentukan. Best juga... Hehe...


Cara Menggunakan Aplikasi EMOJI SCAVENGER HUNT


1) Pergi ke laman https://emojiscavengerhunt.withgoogle.com/  (Guna phone ya...)


2) Klik LET'S PLAY.




3) Benarkan / Allow apps untuk menggunakan Camera.




4) Boleh mula bermain... Cari benda-benda yang dinyatakan. Contoh, baju... Pegi cari baju, scan guna phone... Baju dibadan sendiri pun boleh... Asalkan namanya baju... Hehe... Next, mungkin diminta cari sudu... Silalah mencari sudu di dapur ke mana ke... Begitu kaedahnya... Hehe...


Ni boleh rujuk video youtube tentang apps ni... Bagi saya memang sangat menarik. Budak-budak memang excited main game ni... Emoji Scavenger Hunt ni merupakan satu lagi aplikasi dibawah Google. Sangat recommended untuk anda mencuba...




Okay, sekian sahaja perkongsian untuk pagi ini. Semoga perkongsian ini bermanfaat... Take care, gais... 


Nota kaki: Obatilah orang yang sakit diantara kalian dengan sedekah. - HR Baihaqi

No comments:

Post a Comment