Majlis Perpisahan di SK Sungai Rokam - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Tuesday, 11 May 2021

Majlis Perpisahan di SK Sungai Rokam


 Assalamualaikum semua...


Hari ni kenangan mengusik jiwa... Sudah seminggu saya meninggalkan SK Sungai Rokam... Walaupun hanya 4 bulan di sana, ada banyak kenangan yang terpahat di hati... Banyak benda yang saya belajar di sekolah ini. Dari segi kepimpinan barisan pentadbirnya... pengurusan sekolah... peralatan-peralatan ICT yang serba canggih & menarik untuk saya terokai... Persahabatan & kerjasama antara rakan-rakan guru... Human Resource... Alhamdulillah... Macam-macam lah... Memang benar kata orang, penghijrahan itu adalah baik untuk kita. Ada banyak hikmahnya... Senyum, tak perlu kata apa-apa... Percaturan Allah itu maha hebat. Siapa kita untuk menidakannya...


Beberapa hari di sana, saya diberi kepercayaan untuk mengendalikan beberapa sesi live menggunakan aplikasi Streamyard. Awalnya memang saya zero. Takde ilmu nak live... Mujur ada rakan-rakan yang sudi membantu. From zero to hero! Syukur... Terima kasih yang tidak terhingga kepada sifu-sifu saya... You know who you are! 😁 


Bermula dengan Program Perjumpaan Bersama Ibubapa Tahun 1 pada Januari lalu, Taklimat bersama guru-guru sehingga ke program bulanan untuk HIP. Alhamdulillah, ramai yang telah mendapat manfaat dari program yang dirancang oleh sekolah... Program ni mendapat kerjasama dan sokongan dari pihak PPD juga... Rakan-rakan di seluruh negara pun turut sama menyambut baik program yang dijalankan ini... Seronok sangat dapat jadi one of the team members... Tahniah, Puan Mahani selaku penyelaras program...



Benda kedua yang tak pernah saya buat sebelum ni adalah Google Meet untuk program dalam sekolah yang melibatkan guru-guru & ratusan murid... Yang ni boleh baca kat post ni... MAJLIS SEKOLAH DENGAN KAEDAH GOOGLE MEET. First time handle program macam ni... Nampak tak, ilmu & pengalaman yang saya peroleh memang cukup banyak di sini... 



Di sini juga saya mula menghasilkan modul-modul PdPR bertemakan online games... Boleh lihat di sini... MODUL BERTEMAKAN ONLINE GAMES 


First time mengajar murid-murid yang saya tak kenal, tak pernah bersua muka, semasa PdPR awal tahun hari tu... Yelah... cikgu baru la katakan... Mana nak kenal... Hehe...






Diberi peluang naik pentas bersama-sama menerima anugerah dengan murid-murid cemerlang tahun lalu... Saya dapat sijil penghasilan modul 2020 & telah diraikan bersama murid-murid cemerlang 2020... Fuhhh! Terasa dirimu begitu beharga! Gituhh... Haha...



Rezeki... Dapat pelawaan ke tempat sekarang... Alhamdulillah... Doakan urusan saya dipermudahkan di sini, dapat berkhidmat dengan baik & menyumbang tenaga bakti seikhlasnya, insyaAllah...


Majlis perpisahan... Terima kasih kepada semua barisan pentadbir di atas segala tunjuk ajar.





Thank you, dapat orkid cantik... 💖



Bersama AJK Kelab Balqis menaik taraf bilik dalam Pusat Akses.





Kenangan bersama Panitia Bahasa Inggeris di pondok BI



Bersama rakan-rakan guru kelas tahun 6


Saya doakan agar semua guru & murid-murid SK Sungai Rokam terus cemerlang, dunia akhirat... Aamiin... Terima kasih di atas segala tunjuk ajar, kerjasama & ukhuwah yang dibina. 😇


Nota kaki : Seorang muslim yang baik adalah yang tangan dan lisannya tidak menyakiti hati orang lain. HR Bukhari & Muslim

No comments:

Post a Comment