Rakan saya, Cikgu Khairil Firmansyah Bin Anuar, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, SK Felda Tenggaroh 6, Mersing, Johor telah berkongsi sebuah modul yang dihasilkan bertujuan untuk membantu ibubapa dan murid-murid sekolah beliau untuk menggunakan aplikasi Google Classroom pada peranti masing-masing.
Setiap telefon Android biasanya telah pun didaftarkan dengan akaun Google peribadi, jadi untuk mengaktifkan Google Classroom dengan menggunakan ID Delima, pengguna perlu menambah akaun Delima tu dalam peranti... Boleh ikuti tutorial seperti yang diajarkan dalam modul ini.
Saya merasakan modul ni sangat berguna terutama untuk rakan-rakan guru, ibubapa dan murid-murid yang ingin menggunakan aplikasi Google Classroom semasa PdPR. Muat turun modul dan sebarkan kepada ibubapa murid sekolah anda... Rasanya memang ada yang tak tahu cara nak install dan menggunakan Google Classroom ni dengan ID Delima, bolehlah mereka ikuti tutorial dalam modul Cikgu Firman ni...
Modul ni lengkap dengan:-
1) Cara nak install Google Classroom dalam peranti Android
2) Cara untuk log masuk kali pertama dengan ID Delima KPM
3) Cara untuk menyertai kelas
4) Cara Menggunakan Google Classroom
5) Cara untuk menyemak tugasan yang diberikan
6) Cara untuk menyiapkan tugasan
7) Cara Menghantar Tugasan dalam Google Classroom
8) Cara menjawab Quizizz dalam Google Classroom
DOWNLOAD MODUL PANDUAN APLIKASI GOOGLE CLASSROOM DALAM TELEFON PINTAR ATAU TABLET ANDROID
Okay, sekian sahaja perkongsian untuk hari ini... Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Jangan lupa download modul & kongsikan bahan yang bermanfaat kepada rakan-rakan yang lain. Sebar ilmu, insyaAllah... pahala menanti. Saya doakan agar kita semua sentiasa dalam rahmat serta kasih sayang Allah... Take care, gais! Assalamualaikum...
Nota kaki : Yang bijak, mencari kebenaran dari nasihat... Yang bebal, mencari kesalahan dari penasihat.
No comments:
Post a Comment