Hai semua!
Apa khabar? Hari ni ada satu lagi apps yang nak saya kongsikan dengan rakan-rakan guru semua... Apps ni mudah nak digunakan, korang cuma perlu masukkan soalan jer... Kemudian apps ni akan tukarkan dalam bentuk game interaktif. Memang comel habis... secomel namanya... Educandy! Hehe... Saya pasti murid-murid pasti suka!
Setakat ni apps ni percuma untuk digunakan cuma kalau nak fungsi penuh, kena langgan... Fungsi penuh boleh masukkan gambar dan audio dalam soalan. Tapi untuk permulaan, buat soalan guna perkataan je pun dah memadai... Itu pun dah cantik sangat.
Cuma satu je... Takde disediakan fungsi untuk kita trace markah murid. Murid boleh main, dan screenshot markah mereka... Rasanya cara tu je boleh guna setakat ni...
Yang saya suka tentang educandy ni adalah interface game nya yang comel... Memang kids friendly! Bolehlah kalau korang nak try... Sesekali bagi murid main game camni, mesti dorang suka kan... Jadikan sebagai latihan tambahan... Jom jom kita create banyak-banyak game & share di ruangan komen hokay! Dengan berbuat begini, kita sedikit sebanyak dapat membantu rakan-rakan guru yang lain juga kan... 😊
CARA MEMBINA GAME INTERAKTIF COMEL & MUDAH
1) Pergi ke laman http://www.educandy.com
2) Mendaftar akaun di https://www.educandy.com/wp-login.php?action=register
3) Klik pada butang My Activities - Pilih jenis soalan - Words, Matching Pairs & Quiz Questions.
Contoh Words |
Contoh Matching Pairs |
Contoh Quiz Questions |
5) Setelah selesai, boleh share latihan dengan murid-murid. Kalau nak share satu bentuk game sahaja, apa yang korang boleh buat adalah dengan klik PLAY pada game yang dikehendaki sahaja, kemudian copy link game berkenaan sahaja untuk dikongsikan. Contohnya, korang nak murid main word search, klik pada word search, salin url nya dan kongsikan.
Kalau share link seperti yang diberikan dalam gambar di atas, murid akan dapat ketiga-tiga game macam ni... Ni paparan murid... So, mereka boleh pilih nak main yang mana satu... |
Ni satu lagi bentuk game matching menerusi paparan murid. |
JENIS GAME INTERAKTIF YANG ADA DALAM EDUCANDY
Ni yang saya dah cuba buat... Boleh try...
BM - Kata nama - https://www.educandy.com/site/resource.php?activity-code=bb0cb
BI - Verbs - https://www.educandy.com/site/resource.php?activity-code=bb034
Matematik - Tambah tolak - https://www.educandy.com/site/resource.php?activity-code=bb06e
(Yang ni macam tak kena nak main guna crossword puzzle mode... LOL! Mainlah guna mode lain hokay... )
Ada banyak pilihan game. Pilih yang mana sesuai hokay! Kalau ada bajet, boleh langgan akaun premium... Sekian sahaja perkongsian saya pada hari ini. Sehingga berjumpa lagi di post akan datang... Bye, gais! Assalamualaikum...
Nota kaki : Tidak ada balasan kebaikan kecuali kebaikan pula. - Ar-Rahman, ayat 60
Tq for sharing teacher..
ReplyDeleteCikgu, macam mana nak tengok sama ada pelajar sudah jawab soalan dalam educandy?
ReplyDelete