Assalamualaikum gais!
Pagi tadi telah diumumkan oleh Menteri Pendidikan yang PdPR akan bersambung lagi sehingga 17 Julai. Cuti masih berbaki seminggu lagi, ada masa lagi untuk kita merancang aktiviti-aktiviti untuk PdPR nanti... Pendapat saya, gunalah platform apa sekalipun, yang penting matlamat kita nak menyampaikan ilmu kepada murid-murid tercapai. Yang penting kedua-dua pihak, guru dan murid dapat melaksanakan PdPR yang berimpak tinggi... yang berkesan. Murid dapat belajar, guru dapat mengajar. Gituhh!~
IT'S ALL ABOUT EFFORT!
PdPR ni pun dah setahun dah... Saya yakin, guru-guru pun dah terbiasa, PdPR ni bukan lagi benda asing untuk kita. Yang paling penting effort kita nak bantu murid. Tak kisah apa cara sekali pun, buatlah sehabis baik. Kalau budak tak dapat jugak, at least kita dah usaha betul-betul...
Memang guru-guru akan rasa sedikit terbeban dengan mana kita nak tengok anak sendiri lagi, nak sedia bahan lagi... Nak fikir aktiviti lagi... Tapi nak buat macam mana, itulah cabaran untuk kita hadapi dalam keadaan dunia dilanda pandemik Covid19. Sabar... Semoga urusan kita semua dipermudahkan. Aamiin..
JANGAN JADI PUNCA! Please....
Saya tau sebenarnya ada ramai rakan guru yang komited untuk PdPR. Tapi, realitinya... Memang ada juga yang masih ditakuk lama... Masih ada... Oleh kerana yang segelintir ini, semua guru terpalit skali... Please laa... Kau jangan jadi punca hokayyy! Hahaah... 😂
Baiklah... Ni saya kongsikan contoh aktiviti Real-Time atau Synchronous learning... Pada saya aktiviti seperti ini sangat membantu untuk kita merekod pelaporan PdPR kita... Dari sini kita boleh tau berapa murid yang betul-betul mengikuti kelas kita pada hari tersebut.
CONTOH AKTIVITI REAL-TIME / SYNCHRONOUS LEARNING
Aktiviti real-time / synchronous learning ni adalah kelas yang diatur melibatkan perjumpaan guru & murid-murid secara serentak. Macam kat kelas laa kan... Dalam konteks PdPR sekarang ni, perjumpaan secara atas talian la ye... Berlaku interaksi 2 hala. Sekiranya murid memerlukan apa-apa maklumat, persoalan, mereka boleh terus direct bertanya dan dapat jawapan dalam kadar segera. Ada beberapa contoh aktiviti yang boleh dilaksanakan.
Contoh Aktiviti Real Time PdPR
1) Video conferencing
✅ Google Meet
✅ Google Hangouts
✅ Microsoft Teams
✅ Zoom
✅ Webex
✅ Facetime - Maksimum 32 orang untuk video call pada satu-satu masa. So kalau murid korang semua pakai Apple, boleh la try guna Facetime... Rujukan https://support.apple.com/en-us/HT209022
✅ Skype dll
2) Kelas virtual dari pelbagai platform
✅ Google Classroom
✅ Learncube
✅ Schoology
✅ Edmodo
✅ ClassDojo
✅ Wooclap dll
3) Live streaming yang mana murid-murid boleh berkomunikasi dengan guru, memberi maklumbalas, mengajukan pertanyaan dll menerusi ruangan Live Chat / Comment
✅ Youtube live streaming. Ni contoh video oleh Cikgu Rizzman yang menggunakan Streamyard.
✅ Instagram Live
✅ Facebook Live
✅ Tiktok Live - Rujuk artikel ni https://www.tiktok.com/creators/creator-portal/en-us/foundations-for-success/going-live/
4) Instant Messaging... yang memang betul-betul instant la ye... Segera! Kalau lepas 3-4 hari baru nak balas mesej atau respon kepada soalan/pertanyaan murid, itu bukan la dikira real-time lagi... Hahaha...
✅ Whatsapp - Selain mesej bertaip/suara, yang ni pun boleh video call 8 orang serentak.
✅ Telegram - Bukan setakat voice message/ mesej bertaip jer... Ni boleh Voice Chat skali... Ala-ala video conferencing tapi tak nampak muka. Boleh try baca post saya yang terdahulu https://www.raihanjalaludin.com/2021/02/contoh-aktiviti-pdpr-menggunakan-voice.html
UPDATE 2/7/2021
Telegram sudah menyokong penggunaan video call & screen share. Boleh disertai seramai 30 orang dalam satu masa. Boleh try hokay!~ 😁
✅ Messenger
✅ SMS dll
Galakkan murid beri respon... komen, bertanya, menonton, jawab soalan, jawab kuiz online ke... melibatkan diri dalam sesi yang dibuat. Bukan sekadar isi borang kehadiran je tapi hakikatnya murid tu tak join pun... Kalau isi borang kehadiran tapi buat latihan yang diberi, kira okay lagi... Ni isi gitu je... Apa pun tak buat, lagi haru! Sekadar isi poll kehadiran kat Telegram lepas tu krik krik krik... Sabo je la... Hahahha... 😂
Okay semua... Saya sekadar berkongsi ilmu yang sedikit... Harapnya bermanfaat untuk semua. Semoga rakan-rakan guru diberi kemudahan untuk berPdPR untuk kesekian kalinya... Pilihlah kaedah yang terbaik untuk murid anda. Tak dapat nak buat synchronous, buat asynchronous... yang penting PdPR on! 😁 Jaga diri, jaga kesihatan... Assalamualaikum...
Nota kaki: Jangan bandingkan prosesmu dengan orang lain. Tak semua bunga tumbuh dan mekar bersamaan.
tumpang tanya cgu...kalau kita bagi tugasan di WhatsApp...dan murid perlu hantar video rakaman di WhatsApp juga..tapi ada yang hantar dlm tempoh sesi pembelajaran, ada yg hntr luar sesi. Itu dikira mcm mana?
ReplyDeleteBagaimana pula kalau games online. Sy bagi link game tu.. ada yg jawab pada masa tu. Ada yg jwb luar sesi PdPR. Boleh tak dikira dalam talian semua tu.
Harap dpt membantu...sbb sy keliru. Kawasan rumah murid line internet nya kejap kuat, kejap lembab..huhu..