Alhamdulillah selesai sudah sesi perkongsian tentang Tips Mengurus PdPR Dengan Efektif. Sesi selama tiga jam dikendalikan oleh saya dan Cikgu Aidaliza terasa singkat. Banyak benar yang nak dikongsikan... Sampai tak sedar bercakap selama sejam setengah tanpa henti... Haha..
Saya tak la hebat mana, cuma rasa terpanggil untuk berkongsi ilmu dan pengalaman yang sedikit ini dengan rakan-rakan guru yang lain. Tips dikongsi berdasarkan pengalaman yang ada, semoga bermanfaatlah hendaknya... I know it's not easy tapi kita cuba buat yang terbaik demi anak didik... InsyaAllah.
PENGALAMAN PERTAMA MEMBUAT PERKONGSIAN SECARA ATAS TALIAN
Sejujurnya ini merupakan kali pertama saya membuat perkongsian secara atas talian. Dia punya nervous Allah je yang tahu. Haha... Tapi dek kerana merasakan perlunya berkongsi ilmu tentang ni, saya usahakan juga. Alhamdulillah, pengalaman pertama... Allah izinkan ia berlaku dengan baik sekali, lancar segalanya... Puas hati dapat berkongsi 65 keping slides dengan 211 peserta malam tu melalui sesi Google Meet... Banyak contoh, pengalaman dan idea yang dikongsikan, diharap sedikit sebanyak dapat membantu rakan-rakan guru merancang dan menjalankan PdPR sebaik mungkin.
Sumber gambar : FB Ailisa Azmi |
Pada pendapat saya, jalankan PdPR guna platform apa pun tak kisah, Telegram ke Whatsapp ke Google Meet, Google Classroom, Moodle... Apa sahaja... Tak kisah. Yang penting cikgu tahu nak manfaatkan platform yang dipilih sebaik mungkin... Nak buat cara macam mana pun tak kisah... Yang penting setiap PdPR yang dirancang mesti memberi impak kepada murid. Mesti memberi kesan kepada pembelajaran mereka. Murid dapat sesuatu pada hari itu. Ingat peranan guru sebagai pembimbing dan pendorong. Haa... ni ada dalam SKPMG2. Haha...
PDPR - KUASAI ILMU PEDAGOGI, BUKAN SETAKAT ILMU ICT
Guna apa yang ada, olah menjadi yang terbaik untuk digunakan bersama murid... Kuasai ilmu pedagogi... Bukan setakat ilmu ICT. Kalau dapat combine dua-dua memang meletopps habis! Tak salah nak bagi murid seronok, kita explore guna macam-macam... Tapi kalau hanya dapat keseronokkan, murid dapat yang asas/surface sahaja... rasanya lebih baik jika itu dijadikan sebagai aktiviti tambahan, aktiviti sampingan jer... Apa yang kita patut fokuskan adalah pengajaran dan pembelajaran itu sendiri. Nak guna apa pun tak kisah asalkan apa yang kita sampaikan, budak dapat!
Priority kita dalam ber PdPR, kita nak murid dapat apa yang diajar sepertimana kita mengajar dalam kelas, walaupun tak 100% tapi at least sebanyak mungkin mereka dapat. Bukan hanya keseronokkan belajar, tapi penglibatan mereka, hasil kerja mereka, kefahaman tentang apa yang diajar, engagement mereka dengan lesson kita, pada saya itu fokus utama kita dalam tempoh mengajar secara jarak jauh ni... Kena rangkum semua baru dapat hasil yang terbaik... Giteww!~ Budak seronok belajar, faham apa yang disampaikan guru, murid dapat ikuti sesi dengan aktif, dapat buat latihan/tugasan yang diberikan secara baik, kreatif, cikgu dapat mengajar dan membuat penilaian dengan baik...
Memang susah, tapi insyaAllah... kita usahakan sehabis baik. Doa. Kalau dah buat yang terbaik, sudah buat macam-macam perubahan, try & error berbagai-bagai tapi masih lagi sama... sendu juga... Tak perlu rasa down. Yang patut rasa down bila kita sendiri takde effort... Kita sendiri so-so jer... Tapi kalau kita memang dah beriya, dah pulun buat macam-macam... chill je lah! Anggap ini sebagai satu cabaran... Bukan kita seorang yang mengalaminya... Tenang saja. Jangan koyak! 😁
That's just my two pennies' worth... Suka, suka... tak suka tak apa... Ni pendapat saya jer... Yang masuk sesi perkongsian saya tempoh hari fahamlah apa yang saya maksudkan ni... Yang tak faham, takpe... Hehe... Jangan tanya apa yang murid boleh beri pada kita, tapi kita muhasabah balik... Apa yang kita boleh beri kepada mereka?
Sekian dari saya... Selamat berPdPR semua! Jaga diri, jaga keluarga... Semoga semuanya baik-baik sahaja... 💖
Nota kaki : Embrace what makes you different.
No comments:
Post a Comment