Assalamualaikum gais.
Okay hari ni saya nak kongsikan cara macam mana kita nak pastikan maklumat yang diisi dalam Google Form adalah dalam huruf besar. Kadang-kadang kita nak generate kan maklumat yang diisi dalam Google Form tu menjadi sijil/laporan dll, jadi eloklah kalau ditetapkan siap-siap agar semua maklumat dapat dimasukkan dalam huruf besar... Jadi misal kata kalau ada yang tersilap masukkan menggunakan huruf kecil, secara automatik akan keluar ralat.
Cara Setting Google Form Untuk Pastikan Data Dimasukkan Menggunakan Huruf Besar
1) Pada soalan, pilih SHORT ANSWER
2) Kemudian klik pada 3 titik sebelah REQUIRED
3) Pilih RESPONSE VALIDATION
4) Kemudian, pilih Regular Expression - Contains - Masukkan Validation untuk huruf besar
^[^a-z]*$
Pastikan coding untuk validation tu disalin dengan betul & tiada ruang langsung ye... semua rapat termasuk selepas $, pastikan tiada jarak.
5) Masukkan mesej ralat.
6) Siap... :)
Okay, sekian sahaja perkongsian untuk hari ini... Semoga bermanfaat. Take care, gais! Babai...
Nota kaki : Pegang cermin selalu untuk selalu lihat kesalahan diri sendiri... Bukan pegang kanta pembesar untuk melihat kesalahan orang lain.
TERIMA KASIH ATAS PENGKONGSIAN..
ReplyDelete