Membina Kuiz Google Forms Untuk Pembelajaran Terbeza - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Thursday, 8 July 2021

Membina Kuiz Google Forms Untuk Pembelajaran Terbeza


Assalamualaikum semua...


Apa kahabar? Saya doakan semua rakan-rakan sihat dan sentiasa dalam lindungan Allah SWT. Hari ni saya nak kongsikan macam mana rakan-rakan guru boleh membina kuiz Google Forms untuk menjalankan pembelajaran terbeza dengan murid-murid. Jom tengok!

Membina Kuiz Untuk Pembelajaran Terbeza


1) Pergi ke Google Forms - http://forms.google.com


2) Klik Start a New Form - Blank


3) Pergi ke butang setting, pilih tab General - set kan untuk Collect email. Setting ni perlu jika ada soalan yang memerlukan guru semak secara manual. Bina ayat ke, soalan kefahaman ke... Jadi, lepas semak boleh pulangkan semula kepada murid menggunakan email yang didaftarkan. Jangan lupa kosongkan kotak Restrict to users in Ministry of Education Malaysia and its trusted organization. Ini memudahkan murid-murid untuk mengakses Google Forms. Mereka boleh menggunakan akaun Gmail peribadi mahupun akaun Moe-DL masing-masing. 




4) Masih lagi di bahagian setting... Pilih tab Quizzes. Setkan Make this a Quiz & pada menu Release Grade, pilih Later, after manual review.



5) Mula membina soalan pelbagai aras. Mulakan dari yang asas sampai la ke paling susah (bergantung kepada aras murid korang ye...). Terpulang nak guna multiple choice question ke, short answers, paragraph dll. Mungkin untuk soalan aras rendah boleh dibantu dengan pilihan jawapan... Soalan suaikan jawapan menggunakan Multiple Choice Grid... Soalan yang lebih mencabar mungkin boleh gunakan short answer untuk murid jawab menggunakan perkataan sendiri, dan paragraph untuk murid menjawab jawapan yang lebih panjang... 


Boleh juga Add Section untuk asingkan bentuk soalan senang-susah... 


Macam sama tapi beza...


6) Klik pada Answer Key pada setiap soalan yang dibina untuk menetapkan jawapan & points (markah). 


7) Pada setiap soalan, tutup butang required. Jadi, murid bebas jawab soalan mana yang dia mampu nak jawab... Beri peluang mereka cuba menjawab kesemua soalan aras rendah-tinggi. Soalan yang dia tak mampu jawab, mungkin cikgu boleh minta mereka skip je soalan yang mereka tak tahu... teruskan menjawab soalan-soalan yang berikutnya. Sebab tu lah butang required tu perlu ditutup.. So, dengan cara ini mungkin dapat sedikit sebanyak membantu untuk kita tentukan TP murid-murid tu... Kalau murid tu mampu menjawab soalan-soalan aras tinggi, so, korang pun boleh agak kan nak bagi TP berapa... 



8) Klik butang Send - pilih link - klik shorten URL - salin URL tersebut dan kongsikan kepada murid-murid.


9) Setelah murid menjawab, klik pada responses - individual - semak jawapan murid yang belum bersemak contohnya bahagian penulisan / esei / kefahaman dll & berikan points untuk soalan-soalan tersebut.




Klik pada Add Individual Feedback. Di situ, guru boleh menulis komen, atau memasukkan link pautan nota/skema jawapan atau link video pengajaran di Youtube untuk rujukan murid. 


Soalan seperti multiple choice questions dan short answers boleh di setting jawapannya siap-siap, jadi yang ni tak perlu nak disemak lagi... Memang akan disemak secara automatik. 



10) Kemudian, setelah selesai, klik butang release score. Skor akan dihantar melalui email yang didaftarkan oleh murid. 



Sekian sahaja perkongsian untuk hari ini. Kat mana pembelajaran terbeza tu? Rujuk point nombor 5 dan 7... menguji murid sesuai dengan kebolehan mereka. Lain murid, lain tahapnya kan... Fleksible.. mungkin murid lemah mampu menulis 2 ayat ringkas, manakala murid sederhana/pandai boleh menulis 5 ayat yang gramatis. 


Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak membantu rakan-rakan guru dalam menyediakan bahan PdPR yang bersesuaian dengan murid-murid. Jaga diri semua, risau harini kes Covid dah cecah 8000++. Allahu... Doakan kesihatan & keselamatan untuk saya. Saya juga doakan begitu untuk rakan-rakan semua... Take care. Assalamualaikum...


Nota kaki: Sungguh Allah memberi rezeki kepada siapa yang dikehendakiNya tanpa batas.

1 comment:

  1. Satu perkongsian yang amat baik Cikgu Raihan. Teruskan berkarya demi kecemerlangan anak-anak didik.

    ReplyDelete