Cara Menjadikan Handphone Sebagai Webcam - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Monday, 16 August 2021

Cara Menjadikan Handphone Sebagai Webcam



Assalamualaikum...


Hai semua! Hari ni saya nak kongsikan cara bagaimana menjadikan telefon anda sebagai webcam. Andai kata webcam pada laptop anda beresolusi rendah atau mungkin webcamnya rosak... sebelum beli webcam yang baru, mungkin anda boleh mencuba kaedah ini... 


Kelebihan Menggunakan Kaedah Ini


1) Camera (handphone) boleh diletakkan di mana-mana angle yang sesuai. So, misal kata tak nak muka nampak besar sangat kat dalam camera, mungkin boleh letak handphone tu jauh sedikit. Nak rendahkan, nak tinggikan boleh adjust jer stand handphone tu...


2) Paparan adalah bergantung kepada jenis handphone anda... Kalau anda guna handphone yang cameranya cantik, maka flawless & cantiklah anda dalam paparan... Haha... 


3) Boleh dialih-alih... Mungkin anda nak berkongsi bahan ke nak tunjuk benda kat murid ke, boleh alihkan handphone tersebut untuk paparkan dalam webcam.


Cara Menjadikan Handphone Sebagai Webcam


1) Pergi ke laman www.iriun.com



2) Download aplikasi tersebut ke dalam laptop anda.


3) Download aplikasi yang sama dalam handphone anda melalui Google Play Store / Apps Store. Maksudnya di sini, anda perlu ada Iriun Webcam App ni dalam laptop & handphone ya...


4) Buka aplikasi Iriun Webcam dalam laptop & handphone.


5) Kedua-dua peranti akan tersambung dengan Wifi. Pastikan kedua-dua peranti (laptop dan handphone) tersambung ke wifi yang sama.




6) Pilih format video yang dikehendaki. 


7) Sekiranya anda menggunakan Google Meet, pergi ke SETTING - VIDEO - CAMERA. Buat pilihan webcam. Pilih Iriun Webcam.



Selesai... 


Mudah je kan? Try lah... Handphone pun boleh jadi external webcam... Kita guna je apa yang ada. Hehe... Okay, gais... Semoga kita semua terlindung dari bahaya Covid19, insyaAllah... Take care, semua...  Assalamualaikum...


Nota kaki: Payung tidak akan membuatkan hujan berhenti tapi membuatkan kita tetap berjalan melewati sampai ke tujuan.

No comments:

Post a Comment