Assalamualaikum semua.
Hai... Apa khabar? Saya agak sibuk sedikit kebelakangan ni, tak sempat nak update blog... Alhamdulillah, hari ni ada masa sedikit, bolehlah menulis... Banyak post yang tertangguh... Sabar jer lah... Huhu...
Okay, hari ni saya nak kongsikan cara untuk live streaming melalui Google Meet. Untuk pengguna akaun Delima (moe-dl) CM & admin sekolah yang telah dinaik taraf, mungkin anda boleh mencuba kaedah live streaming ni nanti bila ada keperluan... akaun guru (g-xxxxxx@moe-dl.edu.my) tiada fungsi live streaming...
Live stream Google Meet
1) Fungsi Live stream ni hadir bersama dengan akaun Delima yang telah dinaik taraf. Bagi akaun guru, mungkin masih belum boleh menggunakannya lagi... Mungkin ada yang dah boleh guna... Proses naik taraf adalah secara berperingkat. Sabar... Hehe...
2) Live stream Google Meet akaun Delima dapat menampung sehingga 100,000 penonton dalam domain yang sama. Ini bermaksud hanya pengguna akaun Delima (moe-dl) sahaja yang boleh menonton live stream tersebut.
3) Anda boleh memilih untuk buat Live stream sekiranya anda mempunyai bilangan penonton yang ramai. Sesuai digunakan untuk acara sekolah. Mesyuarat PIBG misalnya... Namun begitu, anda perlu pastikan penonton anda menggunakan akaun Delima untuk menonton ya... Sekiranya melibatkan ibu bapa, mungkin boleh minta mereka gunakan akaun anak-anak untuk menonton live stream tersebut.
4) Anda boleh asingkan ahli panel dan penonton dengan menggunakan kaedah live stream ni... Contohnya, hanya 10 orang yang akan diberikan link Google Meet manakala yang lain (penonton) akan dapat link live stream untuk menonton sesi Google Meet. Sesuai untuk webminar atau perkongsian-perkongsian ilmu yang melibatkan warga pendidik & murid sekolah.
5) Presentation... Mungkin presenters berada dalam Google Meet manakala penonton menonton dalam mode live stream...
Cara Menggunakan Live Stream
1) Pergi ke https://calendar.google.com
No comments:
Post a Comment