Hai semua...
Sekarang, Google Meet ni memang dah tak asing lagi dikalangan guru-guru... Namun begitu, dua fungsi ni kita kena hati-hati menggunakannya... Baiklah, dua fungsi tu adalah :-
1) Deny
Fungsi ni wujud ketika peserta/murid-murid request untuk masuk ke sesi Google Meet. Ada pilihan samada admit atau pun deny. Sekiranya anda klik admit maka mereka akan dapat masuk ke sesi Google Meet anda. Tetapi sekiranya anda klik deny, yang ni perlu hati-hati...
Anda hanya boleh deny sekali sahaja... Kali kedua peserta/murid cuba untuk request masuk, dan anda klik deny sekali lagi, peserta/murid tersebut akan di banned dari sesi Google Meet itu. Dia takkan dapat masuk sesi Google Meet tersebut, kecuali anda end call dan mulakan semula Google Meet sekali lagi... Selain itu, boleh minta peserta/murid untuk masuk menggunakan akaun Google yang lain. Agak melecehkan kan... Jadi, hati-hatilah menekan butang deny ya... Hehe...
2) Remove
Fungsi ni aktif apabila peserta/murid telah pun masuk dalam sesi Google Meet tu. Boleh klik kat People - pilih nama - klik remove. TAPI... Once anda remove peserta/murid dari Google Meet, mereka tak akan dapat join lagi sesi tersebut kecuali anda end call dan mulakan semula sesi. Atau, mereka boleh join sekali lagi dengan menggunakan akaun yang lain. Sama jer seperti kes 'deny'. Hihi... Elakkan kalau boleh ya...
Okay, sekian sahaja perkongsian tips ringkas hari ini... Terima kasih kepada Cikgu Kamal Iskandar, SK Tanjung Pengelih, Pengerang, Johor & Cikgu Aidaliza Azmi, SK Bukit Tunku, Kuala Lumpur yang sudi bersama-sama menjalankan sesi uji lari bersama saya tentang fungsi ini... Take care, semua!
Nota kaki : Jika kamu tidak mampu bersaing dengan orang soleh dalam ibadahnya maka bersainglah dengan pendosa yang bertaubat dalam istigfarnya.
No comments:
Post a Comment