Isu Google Meet - Tak Dengar Suara Peserta Lain - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Wednesday, 25 August 2021

Isu Google Meet - Tak Dengar Suara Peserta Lain



Hai semua...


Assalamualaikum... Hari ni saya nak kongsikan pengalaman saya berdepan dengan masalah dimana saya tak dapat mendengar suara peserta tapi segala bunyi notifikasi di Google Meet, seperti bunyi notifikasi mesej ke, apa ke, semua okay... Saya cuma tak dapat dengar suara peserta... Saya try guna device lain, boleh dengar, elok clear jer... Cuma kat laptop tak keluar suara mereka. Haduiii...


Saya cuba on Youtube, ok je... semua bunyi dari aplikasi lain, elok je... Bunyi notifikasi Telegram, Whatsapp.. elok segalanya. Even notifikasi kat Google Meet pun segalanya ok... Boleh dengar notifikasi peserta request masuk, bunyi mesej, semua baik-baik sahaja... TAPI... saya tak boleh dengar suara peserta yang lain... Huk hukk...


Macam-macam jugak saya cuba buat... dah betulkan setting pada Google Meet, dah remove semua extension... setting kat laptop pun saya buat, dah cuba force restart... dah uninstall / install semula driver... Tak berjaya. Huks... 


Akhir sekali, saya cuba delete akaun di Chrome saya... and yes, it works! Alhamdulillah... Selesai masalah... Selepas delete akaun Chrome, saya dapati isu yang saya hadapi, kembali ok seperti sediakala... 


Okay, sekian sahaja perkongsian pengalaman untuk hari ni. Mungkin bermanfaat untuk yang menghadapi isu yang sama. Sebenarnya seorang rakan saya pernah berkongsi masalah yang sama sebelum ni... Tapi masa dia bercerita tu, saya cuba bantu, tapi tak berjaya... Dan ketika itu, terasa hairan dan pelik mengapa jadi macam tu... Bila dah merasa sendiri, barulah faham macam mana dia rasa sebelum ni... Hahaha... 


Nota kaki : Adab adalah gambaran dari akal.

No comments:

Post a Comment