Cara Mengubah Paparan Menu Pada Taskbar Windows 11 - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Sunday, 31 October 2021

Cara Mengubah Paparan Menu Pada Taskbar Windows 11


Assalamualaikum...


Hai gais! Apa khabar? Sejak diumumkan dah boleh merentas negeri, saya lihat ramai rakan-rakan saya yang dah ke sana ke sini... Hihi... Teringat ayat 'abah' masa awal-awal PKP tahun lalu... Ke sana, ke sini, ke sana, ke sini... Siap ada yang buat parodi lagi... Haha... 😆 


Alhamdulillah, bersyukur sangat dah boleh merentas negeri kan... Tumpang seronok tengok rakan-rakan yang dah dapat pulang ke kampung halaman melepaskan rindu pada orang tua... Apa pun, dalam keseronokkan, jangan lupa jaga SOP dan sentiasa berhati-hati... Saya doakan kita semua sentiasa dalam lindungan dan kasih sayang Allah SWT. Aamiin...


Hari ni saya nak kongsikan cara bagaimana untuk menambah paparan menu pada taskbar Windows 11. Saya dah beberapa minggu upgrade ke Windows 11, apa yang saya boleh kata, memang paparannya agak berbeza dengan Windows 10... Cara nak ubah paparan, simple jer... 


CARA MENGUBAH PAPARAN MENU PADA TASKBAR WINDOWS 11


1) Right click pada taskbar - Klik Taskbar setting.


2) Apabila menu setting sudah terpapar, bolehlah set apa yang dikehendaki. Lihat satu per satu menu bermula dari Taskbar Items, Taskbar Corner Icons, Taskbar Corner Overflow & Taskbar behavior. 


Boleh on/off mana yang tak perlu. 



Secara default nya, paparan icon pada taskbar akan berada di tengah... Kalau nak kembalikan ke kiri, boleh jer... pada taskbar alignment, kemudian tukarkan centre kepada left. 


3) Pada Windows 10, kalau klik pada hujung kanan (yang ada icon WiFi / speaker tu), akan terpapar pelbagai menu quick setting untuk WiFi, Setting, Airplane Mode, Battery Saver dll... Tapi dilihat, setelah upgrade ke Windows 11, menu tersebut macam dah berkurang pulak menunya... Tapi jangan risau, boleh ditambah sendiri... 


Klik je kat icon WiFi/Speaker tu... kemudian klik icon pensel (edit quick setting) - ADD... Kat situ bolehlah tambah lagi menu-menu yang dirasakan perlu seperti Project, cast, night light dll... Ada beberapa menu Quick setting ni saya rasa perlu berada di situ sebab kadang-kadang kita nak cast atau project laptop pada LCD/TV dll, boleh dibuat dengan pantas dengan butang yang dah tersedia tu... 




Untuk rujukan tambahan, boleh tonton video ni... 

https://www.youtube.com/watch?v=RswaXcWWCo0&t=147s


Okay, sekian sahaja perkongsian saya hari ni... Semoga perkongsian ini bermanfaat. Take care! Bye...


Nota kaki : Honest heart produces honest actions.

No comments:

Post a Comment