Cara Lock Cell Tertentu Dalam Google Sheets - Raihan Jalaludin's Blog

Latest

Tuesday, 7 December 2021

Cara Lock Cell Tertentu Dalam Google Sheets

 


Assalamualaikum semua... 


Hai gais! Apa khabar? Mesti semua tengah sibuk kan... Faham sangat time dah hujung-hujung tahun ni, banyak benda perlu di settle kan... Semoga semuanya dipermudahkan & dapat diselesaikan sebelum bercuti panjang ya... InsyaAllah...


Okay, hari ni saya nak kongsikan cara bagaimana kita nak lock cell tertentu dalam Google Sheets. Kadang-kadang bila kita share Google Sheets dengan orang lain, terutama yang melibatkan kutipan data dan sebagainya, ada yang tak sengaja ter delete atau ter edit cell yang tak sepatutnya... Jadi, kita sebagai owner Google Sheets tersebut, bolehlah setting kan siap-siap supaya cell-cell tertentu tak boleh diubah oleh orang lain. Caranya mudah saja... 


CARA LOCK CELL TERTENTU DALAM GOOGLE SHEETS



1) First, korang pilih/ klik cell mana yang nak di lock tu... 


2) Right click pada cell tersebut.


3) Klik pada menu VIEW MORE CELL ACTIONS - PROTECT RANGE



4) Kemudian, klik SET PERMISSION



5) Klik RESTRICT WHO CAN EDIT THIS RANGE - ONLY YOU


6) Klik butang DONE


PAPARAN PENGGUNA LAIN SEKIRANYA MEREKA KLIK PADA CELL YANG TELAH DIKUNCI



Okay, sekian sahaja perkongsian kali ini... Semoga bermanfaat! 


Nota kaki : Ilmu yang tidak bermanfaat adalah ilmu yang hanya dikaji tanpa diamalkan.

No comments:

Post a Comment